Ahad, 6 Mei 2012

Sistem Kalah Mati

Kalah Mati
1. Setiap jenis sukan akan hanya dipertandingkan apabila disertai oleh sekurang-kurangnya 5 pasukan kontingen yang mengambil bahagian.
2. Seeded
  • Semua pasukan yang memasuki pusingan separuh akhir di Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia tahun lalu akan diletakkan sebagai pasukan “seeded”. Sekiranya pasukan ini tidak mengambil bahagian, maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.
  • Setelah diundi dan berlaku penarikan diri, maka pasukan seeded tidak beralih kumpulan melainkan pasukan terhampir dengan kumpulan menarik diri dimasukkan kumpulan berlaku penarikkan diri dan kumpulan diseimbangkan mengikut format penentuan kumpulan (Peraturan 9.3.6).
3. Sistem pertandingan akan dijalankan secara liga atau kalah mati tertakluk kepada penyertaan seperti berikut:

  • CARA SATU KUMPULAN
Sekiranya hanya 5 pasukan mengambil bahagian, pertandingan secara LIGA 1 pusingan akan dijalankan. Johan dan Naib Johan ditentukan di dalam pertandingan mengikut ‘ranking’ pasukan yang teratas.
  • CARA DUA KUMPULAN
Pusingan Awal
a.    Sekiranya enam (6) hingga lapan (8) pasukan mengambil bahagian, pasukan akan dibahagikan kepada dua (2) kumpulan A dan B. 
b.    Johan tahun lepas akan berada dalam kumpulan A1 dan Naib Johan akan berada dalam kumpulan B1.

c.    Pasukan yang mendapat tempat ketiga dan keempat tahun lalu akan diundi tempatkan dalam kumpulan A atau B dengan syarat pasukan yang mendapat tempat keempat tidak akan bersama dengan tempat ketiga tahun lalu.

d.    Pasukan lain yang tidak terlibat dalam perkara di atas akan ditempatkan berasingan secara undian. Penetapan kumpulan akan dibuat melalui undian.

e.    Sekiranya berlaku penarikan diri dalam kumpulan A sehingga tinggal 2 pasukan, maka pasukan B2 secara automatik dipindahkan ke dalam kumpulan A.
 Pusingan Separuh Akhir
a.    Johan A akan bertemu Naib Johan B, dan Johan B akan bertemu Naib Johan A.

b.    Pertandingan dijalankan secara Kalah Mati.
Pusingan Akhir
a. Pemenang di peringkat Separuh Akhir akan bertemu untuk menentukan Johan dan Naib Johan.
  • CARA TIGA KUMPULAN
Sekiranya sembilan (9) hingga sebelas (11) pasukan mengambil bahagian, pasukan akan dibahagikan kepada tiga (3) kumpulan (A,B dan C).

Setiap kumpulan mengandungi sekurang-kurangnya 3 pasukan.

Johan tahun lepas akan berada dalam kumpulan A1 dan Naib Johan berada dalam kumpulan B1.

Pasukan yang mendapat tempat ketiga tahun lalu akan ditempatkan di kumpulan C. Manakala untuk pasukan lain, tempat akan ditentukan  melalui undian.

Jika berlaku penarikan diri di dalam kumpulan A sehingga tinggal 2 pasukan, maka pasukan B2 secara automatik masuk ke kumpulan A. Jika berlaku penarikan diri di dalam kumpulan B sehingga tinggal 2 pasukan, maka pasukan C1 secara automatik masuk ke kumpulan B.

Johan dan Naib Johan setiap kumpulan layak untuk memasuki pusingan Suku Akhir.

Johan A dan Johan B terus layak ke peringkat separuh akhir.

Semua pertandingan peringkat Suku, Separuh Akhir dijalankan secara Kalah Mati.
  • CARA EMPAT KUMPULAN                     
Pasukan akan dibahagikan kepada empat (4) kumpulan (A,B,C dan D).
Setiap kumpulan mengandungi sekurang-kurangnya 3 pasukan.
Johan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan A manakala naib johan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan B.
Tempat ketiga pula akan ditempatkan dalam kumpulan C dan tempat keempat tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan D.

Jika berlaku penarikan diri di dalam kumpulan A sehingga tinggal 2 pasukan, maka pasukan B2 secara automatik masuk ke kumpulan A.
Jika berlaku penarikan diri di dalam kumpulan B sehingga tinggal 2 pasukan, maka pasukan C1 secara automatik masuk ke kumpulan B. Jika berlaku penarikan diri di dalam kumpulan C sehingga tinggal 2 pasukan, maka pasukan D1 secara automatik masuk ke kumpulan C. 
Johan tahun lepas akan berada dalam kumpuan A1 dan Naib Johan berada dalam kumpulan B1.
Lapan (8) pasukan akan dipilih untuk bertanding dalam Pusingan Suku Akhir seperti berikut :
Semua pertandingan peringkat Suku, Separuh Akhir dijalankan secara Kalah Mati.
  • CARA LIMA KUMPULAN
Pasukan akan dibahagikan kepada lima (5) kumpulan (A,B,C,D dan E).
Setiap kumpulan mengandungi sekurang-kurangnya 3 pasukan.
Johan tahun lepas akan berada dalam kumpulan A1 dan Naib Johan berada dalam kumpulan B1.
Tempat ketiga pula akan ditempatkan dalam kumpulan C dan tempat keempat tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan D.
Jika berlaku penarikan diri di dalam kumpulan A sehingga tinggal 2 pasukan, maka pasukan B2 secara automatik masuk ke kumpulan A. Jika berlaku penarikan diri di dalam kumpulan B sehingga tinggal 2 pasukan, maka pasukan C1 secara automatik masuk ke kumpulan B. Jika berlaku penarikan diri di dalam kumpulan C sehingga tinggal 2 pasukan, maka pasukan D1 secara automatik masuk ke kumpulan C. Jika berlaku penarikan diri  di dalam kumpulan D sehingga tinggal 2 pasukan, maka pasukan E1 secara automatik masuk ke kumpulan D.
Sepuluh (10) pasukan akan dipilih untuk bertanding dalam Pusingan Suku Akhir seperti berikut :
Semua pertandingan peringkat Suku, Separuh Akhir dijalankan secara Kalah Mati.

  • FORMAT PENENTUAN KUMPULAN
    Format bagi sistem liga adalah seperti berikut:
JUMLAH PASUKAN
JUMLAH PASUKAN DALAM KUMPULAN
5
LIGA
6
3, 3
7
3, 4
8
4, 4
9
3, 3, 3
10
3 ,3, 4
11
3, 4, 4
12
3, 3, 3, 3
13
3, 3, 3, 4
14
3, 3, 4, 4
15
3, 4, 4, 4
16
4, 4, 4, 4
17
3, 3, 3, 4, 4
  • Jadual Pertandingan
Susunan jadual pertandingan akan dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola mengikut format yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknikal pertandingan dan kejohanan.
Pemberian Mata
Menang - 3
Seri  - 1
Kalah  - 0
Atau mengikut syarat pemberian mata peraturan permainan yang mempunyai sistem pemberian mata sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan