1. Morfologi Ialah bidang yang mengkaji struktur kata, binaan kata, bentuk kata dan golongan kata.
2. Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna.
3. Unsur-unsur yang membina sesuatu kata dikenali sebagi morfem.
4. Golongan kata ialah proses menjeniskan kata dengan berpandukan fungsinya sama ada kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas.
1.       Secara umumnya tatabahasa bahasa Melayu mencakupi dua bidang iaitu morfologi dan sintaksis.
2.       Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata.
3.       Dalam morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem.
4.       Para pelajar juga perlu mengetahui maksud istilah morfem dan kata. Ini kerana kedua-dua adalah berbeza dari segi fungsi dan konsep.
1.       Morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkaaan.
2.       Sekiranya kata tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna atau nahu yang lebih kecil, maka kata-kata ini erdirid aripada satu unit atau satu morfem. Misalnya minum.
3.       Minum tidak akan berfungsi dan memberi makna jika dipecahkan kepada mi dan num.
4.       Sebaliknya, kata diminum boleh dipecahkan kepada dua morfem, iaitu di dan minum.
5.       Kesimpulannya, perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem.
Konsep Perkataan
Merupakan unit ujaran yang bebas dan bermakna
 Kata boleh dibahagikan kepada berikut:  
|  | 
| Latihan Tukarkan bentuk kata dasar berikut   kepada sebanyak mungkin kata imbuhan yang berlainan maknanya.       i.        Makan      ii.        Minum    iii.        Tulen    iv.        Pergi      v.        Baik    vi.        Lelaki   vii.        Wanita viii.        Banjir    ix.        Asing | 
Bentuk-bentuk Kata
 Kata/perkataan boleh dibahagikan kepada bentuk-bentuk berikut:
| Kata tunggal |       i.        Tidak   menerima imbuhan atau kata dasar yang lain.      ii.        Akronim   yang sudah diterima pakai juga tergolong dalam kata tunggal, misalnya; Mara,   Petronas, Lada, tadika (taman didikan kanak-kanak),pawagam (panggung   wayang gambar) dan sebagainya.    iii.        Para   pelajar diingatkan bahawa akronim tidak sama dengansingkatan.     iv.        Singkatan   ialah kependekan bagi satu atau beberapa perkataan sepertiIT untuk   teknologi maklumat (information technology) dan PMuntuk   Perdana Menteri.      v.        Jelaslah, singkatan   tidak termasuk dalam kata tunggal seperti akronim. | 
| Kata terbitan |       i.        Terdiri   daripada kata dasar atau kata akar yang melalui proses pengimbuhan, sama ada   awalan, akhiran, sisipan atau apitan. | 
| Kata majmuk |       i.        Terbentuk   hasil gandingan dua atau lebih kata dasar.      ii.        Rumus   penting ialah tiada kata lain yang boleh disisipkan di antara gandingan   tersebut. Jika dapat disisipkan kata lain dan membawa makna tertentu, maka ia   bukan kata majmuk, tetapi tergolong dalam frasa.    iii.        Misalnya; Budak   berlari bukan kata majmuk kerana ia boleh menjadibudak itu   berlari, atau budak yang berlari itu.     iv.        Pada   umumnya, kata majmuk dieja terpisah kecuali yang sudah mantap sebagai satu   perkataan. (lihat lampiran 1) | 
| Kata ganda |       i.        Kata   ganda ialah pengulangan kata dasar sama ada dengan mengulang seluruh kata   dasar (penggandaan penuh) atau sebahagian daripada kata dasar (penggandaan   separa), seperti gila-gila, gula-gula, suka-suka,   labah-labah, rama-rama dan sebagainya.      ii.        Contoh   penggandaan separa ialahpepatung, lelabah, sesekali dan   sebagainya. | 
| Latihan       i.        Cari   sebanyak mungkin akar kata bahasa Melayu , dan   bincangkan dengan guru kelas anda untuk memperkaya perbendaharaan kata. (sia   rujuk tesaurus aau kamus jika perlu)      ii.        Baca   petikan berikut dan bezakan mengikut kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk   dan kata ganda. Mengikut D. Mitchell, nilai membawa maksud ``…scarce objects of   socially conditioned desire unevenly distributed and differently   ranked.'' Ertinya, nilai adalah sesuatu yang dingini oleh masyarkat   kerana ia dianggap baik dan berharga. Namun begitu ia tidaklah sama bagi   semua keadaan dan tempat mahupun masa. Akibat kolonialisme sering dibincangkan dan sering pula kita rasakan   dalam siri tulisan kita. Tapi, jaringan yang kompleks dan kesan yang dalam   serta panjang seperti yang dianalisis oleh Edward Said, jarang kita fahami.   Katanya, ``…orientalist reality is both antihuman and persistently.   Its scope, as much as its institutions and all pervasive influence last up   toe the present.'' Lebih daripada melemahkan peribadi sesuatu   bangsa, sikap dan nilai orientalis itu antimanusia. Seorang orientalis dengan pendekatannya mendukung prasangka terhadap   bangsa yang dijajah dan melawan atau menafikan dasar-dasar kemanusiaan dengan   membahagikan dan membeza-bezakannya ke dalam kategori yang luas dan tidak   dapat dipertanggungjawabkan. (Muhammad Hj. Salleh dan Harun Mat Piah, 1987. ``Jalan Di   Seberang Simpang: Arah Pengajian Sastera Melayu ``Tradisional'' dlm.   Perkembangan Sastera Kebangsaan, DBP, hlm. 87.) | 
Proses Pembentukan Kata
Selain daripada kata tunggal, maka kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda terbentuk melalui proses pembentukan kata.
Proses berkenaan diterangkan melalui skema rajah berikut:
Pengimbuhan
Proses pengimbuhan ialah proses merangkaikan imbuhan kepada kada dasar untuk menerbitkan perkataan yang berlainan makna serta fungsi nahunya.
Dalam bahasa Melayu, imbuhan terdiri daripada morfem terikat yang dirangkaikan kepada kata dasar.
Imbuhan tergolong dala empat jenis, iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan.
Imbuhan Kata Nama
Kata nama menerima keempat-empat jenis imbuhan - awalan, akhiran, apitan dan sisipan.
Contoh imbuhan pada awalan ayat
| Awalan | Varian | Contoh   perkataan | contoh   penggunaan | 
| ke- | Ke | kerabat,   ketladak, kekasih | Kerabat   diraja itu makan di warung sahaja. | 
| maksud   awalan ke- menjadi penanda orang atau benda dengan memberi   tumpuan kepada maksud yang terkandung dalam kata dasar. Kata nama yang   diterbitkan mungkin konkrit atau bastrak | |||
| peN- | pe- | pewangi,   peragut, pesalah | Orang   ramai membelasah peragut rantai itu sehingga pengsan. | 
|  | pem- | pemfatwa,   pemproses, pemberontak | Mesin pemproses sawit   itu mahal harganya. | 
|  | pen- | pensyarah,   penswastaan, penagih, pendapat | Pensyarah   itu keletihan kerana menyampaikan lima kuliah sehari | 
|  | peng- | pengkritik,   pengamal, pengkhianat, pengacau, pengaudit, penghantar, pengasuh | Pengacau itu menggangu pengasuh kanak-kanak   setiap hari. | 
|  | penge- | pengecualian,   pengeluar, pengesan, pengebom | Pengebom berani mati itu terkorban akibat perbuatan sendiri | 
|  | pel- | pelabur,   pelajar, pelayar, pelampau, pelakon | Pelabur diingatkan supaya menyemak nombor kad pengenalan   sebelum mengisi borang. | 
| peR- | Per | pertapa | Pertapa   itu menghabiskan masa enam purnama untuk menghabiskan zikirnya. | 
| juru- | juru- | jurutaip,   jururunding, jurubahasa | Semua   tugas diserahkan kepada jurutaip, sehingga akhirnya dia   meletakkan jawatan. | 
| dwi-(menunjukkan   bilangan dua bagi kata dasar) | dwi- | dwibahasa,   dwifungsi, dwiedaran | Majalah   itu diterbitkan dalam dwibahasa iaitu Tamil dan Inggeris. | 
| eka-(menunjukkan   bilangan satu, kadangkala dirujuk juga adi-) | eka- | ekabahasa,   ekakaum, ekafungsi | Pengunaan ekabahasa   belum tentu menjamin perpaduan negara | 
| pasca-(dirujuk   kepada `selepas') | pasca- | pascasiswazah | Pengajian pascasiswazah merujuk   kepada bidang-bidang sarjana dan kedoktoran. | 
| pra-(menunjukkan   makna `sebelum') | pra- | prasejarah,   prakemerdekaan | Ahli   arekologi itu menggali tulang-temulang manusia prasejarah. | 
| swa-menunjukkan   maksud `sendiri') | swa- | swalayan,   swamodal, swakarya | Pelanggan   mengambil sendiri makanan di restoranswalayan itu. | 
Contoh imbuhan pada akhiran ayat
| Akhiran | contoh   perkataan | 
| -man   (menunjukkan sifat perkara - samada orang atau benda- yang dirujuk) | seniman,   budiman | 
| -wan   (perkara yang dirujuk adalah ahli dalam bidangnya) | olahragawan,   usahawan | 
| -wati   (menunjukkan wanita yang ahll dalam bidangnya) | pragawati,   olahragawati | 
| -an | pakaian,   kudapan, senaman, latihan, kenalan, jualan | 
Contoh imbuhan pada apitan ayat
| Apitan | contoh   perkataan | 
| ke....an | kezaliman,   kesenangan | 
| pe...an | peranan,   pesisiran, pelancongan, pekarangan, peperangan | 
| peN...an | penyusunan,   pengurangan | 
Contoh imbuhan sisipan pada ayat
| Sisipan | contoh   perkataan | 
| -el- | telunjuk,   kelengkeng, kelabut | 
| -er- | keruping,   seruling, serabut | 
| -em- | kemuning,   kemuncup, kemelut | 
Imbuhan kata kerja
Menerima tiga jenis imbuhan  awalan, akhiran dan apitan.
Sisipan dengan sendirinya tidak membentuk kata kerja tetapi kata nama dan kata adjektif yang mengandungi sisipan dapat menjadi kata kerja dengan imbuhan kata kerja seperti berikut:
gemerlap -------> bergemerlap
selereak----------> berselerak; menyelerakkan
Contoh imbuhan pada awalan
| Akhiran | Varian | contoh   perkataan | 
| beR- | be- | Bekerja | 
|  | bel- | Belajar | 
|  | ber- | berkawal, berhasrat, berziarah | 
| meN | me- | melawat, merasa | 
|  | mem- | memberi, memproses | 
|  | meng- | mengelak, menggali, menghabiskan | 
|  | menge- | mengebom, mengetin, mengelupur,   mengesahkan | 
| di- | di- | dipukul, dibaca | 
| mempeR- | memper- | memperbaharu, memperhamba,   memperluas, memperdalam | 
| dipeR- | diper- | Diperbaharui | 
| teR- | te- | terasa, terasuk, terombak | 
|  | ter- | terminum, terpisah, tercarut | 
Merumuskan akhiran yang membentuk kata terbitan jenis kata kerja dan fungsinya.
| Akhiran | contoh perkataan | 
| -kan | buatkan, amalkan, ramaikan,   selesaikan | 
| -i | jauhi, turuti, masuki | 
contoh imbuhan apitan yang membentuk kata terbitan jenis kata kerja dan fungsinya
| Imbuhan | Varian | contoh   perkataan | 
| beR...an | ber...an | beranggapan, berdampingan | 
|  | be...an | beratapan, berebutan | 
| beR...kan | be-...-kan | berumahkan, berantaikan | 
|  | ber-...-kan | bertajukkan, berbantalkan | 
| meN...-kan | me-...-kan | memasukkan, merundingkan,   meyakinkan | 
|  | mem-...-kan | memberikan, mempastikan,   memfatwakan | 
|  | men-...-kan | mendirikan, menjadikan,   menzahirkan | 
|  | meng...-kan | mengambilkan,menggantikan,   mengkanunkan | 
|  | menge...-kan | mengeposkan, mengetinkan,   mengesahkan | 
| menN...i | me...i | meracuni, melindungi, meyakini | 
|  | mem-...i | membeloti, mempelopori | 
|  | men--...-i | menjalani, mensyukuri | 
|  | meng-...-1 | mengairi, mengekori, menghadiri,   menggarami | 
| mempeR-...kan | memper...-kan | memperhambakan, mempersendakan | 
| ke...an | ke-...-an | kecurian, kemalangan, kesiangan | 
| di....i | di-...-i | diragui, dikasihi, dirindui | 
| di...kan | di-...-kan | dipulangkan, dibenarkan | 
| dipeR...kan | diper-....-kan | diperkenankan, dipersembahkan,   diperlihatkan | 
Imbuhan Kata Adjektif
Kata adjektif menerima tiga jenis imbuhan - awalan, apitan, dan sisipan.
Kata adjektif tidak menerima akhiran
Amati contoh-contoh berikut:
| imbuhan | varian | contoh perkataan | contoh penggunaan | 
| Awalan | |||
| teR- | te- | teramai, teruncing, terendah | Pesta jualan itu mencatat   kedatangan pelangganteramai  pada tahun ini. | 
|  | ter- | terbaik, tersohor, terindah | ``Kaulah yang terbaik   bagi diriku,'' katanya. | 
| se- | se- | seindah, seganas, sebesar, sehebat |  Persembahan pentas kumpulan   rock itu sehebat artis-arti rock dari luar negara. | 
| Apitan | |||
| ke...an | ke-...-an | kemelayuan, kebaratan, ketimuran | Walaupun cara beliau berpakaian   agakkebaratan, tetapi pemikirannya padat dengan aspirasi kemelayuan. | 
| Sisipan | |||
| -el- | -el- | gelembung, selerak | Minum bergas itu mempunyai gelembung   udara | 
| -er- | -er- | gerigi, serabut | sejak beristeri dua, fikirannya   amat serabut. | 
| -em- | -em- | gemilang, semerbak, gemerlap | Minyak wangi palsu itu semerbak   baunya. | 
| -in- | -in- | sinambung | usaha beliau dalam perniagaan   merupakan kesinambungan bakat neneknya. | 
Pemajmukan
1.       Pemajmukan ialah proses menggandingkan dua kata dasar atau lebih untuk memberi makna tertentu, seperti buah tangan, ketua meja, kerani pos, telefon terus dail, setiausaha dan sebagainya.
2.       Perlu ditekankan bahawa gandingan dua kata atau lebih jika boleh disisipkan kata lain antara gandingan perkataan itu tidak dikira sebagai majmuk. Ia akan menjadi frasa. Contohnya:
                     i.       Muda mudi boleh menjadi muda dan mudi
                   ii.       Hitam legam boleh menjadi hitam lagi legam
                  iii.       Hujan renyai boleh menjadi hujan yang renyai
Proses menggandingkan dua kata dasar atau lebih untuk mendukung makna tertentu berlaku dengan tiga cara, iaitu:
                     i.       Umum
                   ii.       Istilah
                  iii.       Kiasan/peribahasa
Kata majmuk umum terbahagi kepada:
      i.        Kata majmuk biasa
Alat tulis, adat resam, kereta api, lapangan terbang, nasi minyak, tengah hari
     ii.        Kata Majmuk Gelaran
Ketua Polis Negara, Perdana Menteri, Timbalan Menteri, Peguam Negara, Duta Besar.
Kata Majmuk Istilah Khusus
      i.        Kata gandingan untuk istilah-istilah yang khusus dalam pelbagai bidang. Kata yang dipilih untuk digandingkan sama ada daripada kata-kata umum atau istilah khusus.
Telefon mudah alih, teknologi maklumat, kertas kerja
Kata Majmuk Kiasan
      i.        Kata majmuk jenis ini mempunyai maksud selain daripada maksud harafiahnya, misalnya:
Masam muka, tebal muka, curi tulang, makan angin
Pengimbuhan Kata Majmuk
Dalam sistem baku, kata majmuk dieja terpisah kecuali beberapa perkataan yang sudah mantap.(lihat lampiran 1 dan 2 di bawah)
Lampiran 1 
| Kata dasar 1 | Kata dasar 2 | Kata majmuk | 
| air | mata | air mata | 
| ambil | alih | ambil alih | 
| meja | tulis | meja tulis | 
| ketua | menteri | ketua menteri | 
| tanggung | jawab | tanggungjawab | 
| antara | bangsa | antarabangsa | 
Lampiran 2 
| Kata dasar 1 | Kata dasar 2 | Kata majmuk dieja sebagai satu   perkataan | 
| antara | bangsa | antarabangsa | 
| apa | bila | apabila | 
| apa | kala | apakala | 
| apa | lagi | apalagi | 
| bagai | mana | bagaimana | 
| barang | kali | Barangkali | 
| beri | tahu | Beritahu | 
| bumi | putera | Bumiputera | 
| dari | hal | darihal | 
| dari | pada | Daripada | 
| duka | cita | dukacita | 
| hulu | balang | Hulubalang | 
| jawatan | kuasa | jawatankuasa | 
| kaki | tangan | Kakitangan | 
| ke | pada | kepada | 
| kerja | sama | Kerjasama | 
| mana | kala | Manakala | 
| Mata | hari | Matahari | 
| olah | raga | olahraga | 
| pada | hal | Padahal | 
| Pesuruh | jaya | Pesuruhjaya | 
| setia | usaha | setiausaha | 
| suka | rela | sukarela | 
| suruhan | jaya | Suruhanjaya | 
| tanda | tangan | Tandatangan | 
| tanggung | jawab | Tanggungjawab | 
| warga | negara | warganegara | 
 Sungguhpun kata majmuk dieja terpisah, tetapiia dieja/ditulis sebagai satu perkataan apabila menerima apitan, seperti contoh pada jadual di bawah:
| Kata   Majmuk | Apitan | Ejaan | 
| kuat kuasa | peN....an | penguatkuasaan | 
| kemas kini | meN...kan | mengemaskinikan | 
| anak tiri | meN...kan | menganaktirikan | 
| ibu bapa | ke...an | keibubapaan | 
| kuat kuasa | di...kan | dikuatkuasakan | 
| campur aduk | peR...an | percampuradukan | 
Untuk awalan, kata majmuk diimbuhkan kepada kata pertama dalam kata majmuk berkenaan. Manakala akhiran, imbuhan dirangkaikan pada hujung kata yang terakhir. Lihat jadual di bawah.
| Imbuhan | Kata   Majmuk | Kata   Majmuk Terbitan | 
| berR- | garis pusat | bergaris pusat | 
| meN- | ambil alih | mengambil alih | 
| peN- | cari gali | pencari gali | 
| -an | daya serap | daya serapan | 
| -kan | urus niaga | urus niagakan | 
Penggandaan
- Semua bentuk kata nama, iaitu kata nama tunggal,      kata nama terbitan dan kata nama majmuk boleh digandakan. Penggandaan      ialah proses pengulangan kata dasar sepenuhnya, atau sebahagian sahaja.
- Ada empat jenis kata nama ganda, iaitu
                                             i.            Gandaan penuh
                                           ii.            Gandaan separa
                                          iii.            Gandaan berentak
                                          iv.            Gandaan makna
3.       Bagaimana pun ada ahli bahasa yang men membahagikan kata ganda kepada tiga jenis iaitu
                                                   i.                  penggandaan penuh
                                                 ii.                  penggandaan berentak
                                                iii.                  pengandaan separa.
Penggandaan penuh
- Sesuatu kata nama itu digandakan seluruhnya.
- Kata yang digandakan itu boleh terdiri daripada      kata nama tunggal, kata nama terbitan, dan kata nama majmuk.
- Kata yang digandakan ini dipisahkandengan      menggunakan sengkang.
Contoh-contoh mengikut jenis kata adalah seperti berikut:
| Kata nama tunggal | |
| Alat | alat-alat | 
| Budak | budak-budak | 
| Rumah | rumah-rumah | 
| Murid | Murid-murid | 
| Kura | Kura-kura | 
| Makan | Makan-makan | 
| Tadika | Tadka-tadika | 
| Kata nama terbitan | |
| Ketua | ketua-ketua | 
| Pekebun | pekebun-pekebun | 
| Makanan | makanan-makanan | 
| Persatuan | persatuan-persatuan | 
| pejuang | pejuang-pejuang | 
| Kedutaan | Kedutaan-kedutaan | 
Penggandaan Berentak
- Pengulangan kata dasar  mengikut rentak      bunyi kata dasar.
- Seluruh kata nama itu digandakan danbunyi-bunyi      konsonan dan vokal tertentu diulang dan diubah.
- Rentak yang digunakan mungkin pengulangan vokal,      konsonan atau sebahagian bunyi kata dasar.
- Rentak yang digunakan mungkin pengulangan vokal,      konsonan atau sebahagian bunyi kata dasar.
- Penggandaan beretak boleh dibahagikan kepada lima      jenis pula, iaitu:
i.                     penggandaan suku kata awal
ii.                   penggandaan suku kata akhir
iii.                  penggandaan konsonan
iv.                  penggandaan bersisipan
v.                    penggandaan berakhiran
- Bagaimanapun, pnggandaan berentak biasanya      dilihat daripada aspek fonologi, atau cara sebutan dan bunyi yang      dikeluarkan.
- Lihat contoh-contoh di bawah. Kata yang      digandakan itu dipisahkan dengan menggunakan sengkang (-) 
| Rentak pada pengulangan   vokal atau diftong | |
| Cerai | cerai-berai | 
| Hina | Hina-dina | 
| Sayu | Sayur-mayur | 
| Rentak pengulangan konsonan | |
| gunung | Gunung-ganang | 
| susap | Susap-sasap | 
| simpang | Simpang-siur | 
Penggandaan suku kata awal
Vokal dalam suku kata awal diulang, dan vokal dalam suku kata akhir berubah. Contoh:
| Bukit | bukit-bukau | 
| Warna | warna warni | 
| Batu | batu-batan | 
Penggandaan suku kata akhir
Vokal atau konsonan dalam suku kata akhir kekal.
Contoh:           
| Sayur   | sayur mayur | 
| Kuih | kuih-muih | 
| Lauk  | lauk pauk | 
Penggandaan konsonan
Penggandaan jenis isni hanya mngulkang konsonan dalam kata dasar, tetapi vokalnya berubah
Contoh: 
| Gunung | gunung-ganang | 
| Guruh | guruh-garah | 
Penggandaan bersisipan
Seluruh kata dasar diulang. Bentuk gandaannya menerima sisipan –em- selepas konsonan pertama bentuk ulangannya.
Contoh:
| Tali | tali-temali | 
| Gunung | gunung-ganang | 
| Jari | jari jemari | 
 Penggandaan berakhiran
Penggandaan penuh juga bolehmenerima akhiran –an. Lazimnya gandaan penuh menunjukkan jamak. Akhiran –an menambahkan maknannya menjadi pelbagai.
Contoh:
| Sayur | sayur-sayuran | 
| Biji | Biji-bijian | 
| Barang | barang-barangan | 
Penggandaan separa
- Penggandaan separa ialah pengulangan sebahagian      daripada kata dasar. Penggandaan boleh berlaku pada kata dasar atau kata      terbitan.
- Kata tunggal
(a)     Penggandaan separa merupakan varian kepada sesetengah penggandaan penuh. Suku kata akhir kata dasar digugurkan dan vokal asal suku kata pertama yang dulang dilemahkan menjadi vokal tengah atau / a /
Contoh:             
| Kata dasar | Penggandaan   penuh | Penggandaan   separa | 
| laki | Laki-laki | Lelaki | 
| langit | Langit-langit | Lelangit | 
| suatu | Satu-satu | Sesuatu | 
| budak | Budak-budak | Bebudak | 
| siku | Siku-siku | sesiku | 
- Kata terbitan
(a)     penggandaan ini melibatkan kata yang sudah mengalami proses pengimbuhan. Pengulangan berlaku pada kata dasar dengan dua cara.
I.                    Kata dasar diulang sepenuhnya dan awalamn dirangkaikan pada bahagian depan kata yang pertama atau atau penggandaan separa depan.
II.                   Kata dasar diulang sepenuhnya tetapi imbuhan dirangkaikan di bahagian depan kata yang kedua atau penggandaan separa belakang. Pengulangan tetapi dipisahkan dengan sengkang.
- Imbuhan di depan kata pertama (penggandaan      separa belakang)
| Kata dasar | Kata   terbitan | Kata ganda | 
| bual | Ber + bual | Berbual-bual | 
| cari | Ter + cari | Tercari-cari | 
| gila | Ter + gila | Tergila-gila | 
| borak | Ber + borak | Berborak=borak | 
| akan | Se + akan | Seakan-akan | 
- Imbuhan di depan kata kedua (penggandaan separa      depan)
| Kata dasar | Kata   terbitan | Kata ganda | 
| anak | Ber + anak | Anak-beranak | 
| kejar | Men + kejar | Kejar-mengejar | 
- kata ganda boleh didapati dalam golongan kata      nama, kata kerja, dan kata adjektif. (lihat lampiran)
Penggandaan Makna
- Kata nama tertentu digandakan dengan perkataan      yang sama maknanya. Contoh:
| Ipar | ipar duai | 
| Ipar | ipar lamai | 
| Saudara | saudara mara | 
Makna Penggandaan
Ada empat makna tambahan kepada kata nama apabila digandakan, iaitu:
a. menunjukkan banyak
| buku | buku-buku | 
| ketua | ketua-ketua | 
| jabatan | jabatan-jabatan | 
| gunung | gunung-ganang | 
| bukit | bukit-bukau | 
b. membentuk nama haiwan
| biri-biri | 
| kupu-kupu | 
| kunang-kunang | 
c. membentuk nama bagi benda yang menyerupai
| langit | langit-langit (menyerupai langit) | 
| siku | siku-siku (menyerupai siku) | 
| orang | orang-orang (menyerupai orang) | 
d. Menunjukkan pelbagai jenis
| sayur | sayur-mayur | 
| kuih | kuih-muih | 
| saudara | saudara-mara | 
| Latihan a. Nyatakan jenis gandaan   perkataan dalam ayat-ayat berikut: Layang-layang putus talinya Akan   daki gunung-gemunung Sumber zat   makanan terdapat juga pada biji-bijian Hutang-piutang beliau belum dibayar Dia   berkahwin dengan seseorang yang mempunyai ramai adik-beradik Jari-jemari para penari itu lembut belaka Pada waktu   malam, api-api berterbangan di angkasa Layang-layang yang tidur di wayar elektrik itu datang dari   Negara Cina pada musim sejuk Bukit   bukau di kawasan itu tidak   dilitupi oleh tumbuhan tebal Apabila   buah padi mula timbul orang-orang dipasang di setiap sudut   sawah itu. b. Tentukan makna kata ganda dalam   ayat-ayat berikut: 
 c. beri bentuk gandaan kata nama   berikut: 
 | 
Golongan kata nama
| Subgolongan | ciri | jenis | contoh | 
| Nama khas | Hidup | Manusia | Ali, Fatimah, Tun Abdul Razak,   Hang Jebat, Aziz Osman | 
| Bukan manusia | Bujang senang, Si Tompok, Pak   Belang | ||
| Tak hidup |  | Gunung Kinabalu, Gua Musang, Sabak Bernam, Proton   Saga, Waja, Wira. | |
| Nama am | Konkrit |  | Kepala, meja, pelajar, ketua,   kapal terbang | 
| Abstrak |  | Harapan, kemahuan,   kecuaian,keberanian, kesenangan, dengki. | |
| Ganti nama | Penunjuk |  | Ini, itu | 
|  |  | Tanya | Siapa, apa, mana | 
|  | Diri | Orang pertama | Saya, beta, aku, patik, kami, kita | 
| Orang kedua | Awak, kamu, engkau anda, saudara,   saudari, tuan hamba. | ||
| Orang ketiga | Ia, dia, beliau, mereka,   baginda, -nya | 
Golongan Kata Kerja (KK)
Kata kerja (KK) merupakan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya.
|  | 
| subgolongan | Ciri | jenis | Contoh | 
| Tak   transitif -Tidak   memerlukan objek untuk melengkapkannya. -Tetapi   ada yang memerlukan pelengkap. | Tak   berpelengkap - Tidak   memerlukan pelengkap | Tak Transitif Tak Berpelengkap | - Rumah itu sudah roboh - Turunnya Union Jack, jalur Gemilang pula yangberkibar | 
| Berpelengkap -   memerlukan pelengkap | Tak transitif Berpelengkap | - keadaan   Halim  bertambah  parah - Air sungai beransur surut | |
| Transitif - memerlukan objek atau penyambut. | Aktif | Transitif Aktif | Menulis, menampar, memakan | 
| Pasif | Transitif Pasif | Ditulis oleh/dengan, ditampat.   Dimakan oleh/dengan | 
Golongan kata adjektif
Kata adjektif (KA) ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi (kata yang menjadi inti frasa digariskan di bawahnya).
Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar.
Kata adjektif boleh dibahagikan kepada sembilan subgolongan.
| Jenis | Contoh | 
| Sifat | Baik,   cerdik, berani. Lemah, kukuh, kemas, kejap, secantik, terkuat | 
| warna | Merah,   jingga, ungu, putih, kuning langsat | 
| ukuran | Pendek,   panjang, tebal, nipis, dalam, besar, sebesar, terpanjang, ternipis | 
| bentuk | Bulat,   bujur, leper, empat segi, lonjong. | 
| waktu | Lama,   lambat, lewat, segera, suntuk, lampau, lalu, silam. | 
| jarak | Dekat,   hampir, jauh | 
| cara | Selalu,   jarang, kadang-kadang, kerap, lambat, deras, laju, jelas, muram, lincah. | 
| Pancaindera -          rasa -          pandang -          dengar -          bau -          sentuh | Sedap,   lzat, manis,pahit, lemak, pedas, payau Buruk,   hodoh, jelita, cantik Bising,   senyap Busuk,   wangi, hangit, hapak Kesat,   kasar, lembab, halus, licin | 
| Adjektif   perasaan | Takut,   seram, benci, rindu, marah, senang, gembira. | 
| Tip | ||
| Kata   adjektif dikenali jika kata berkenaan didahului atau diikuti oleh kata   penguat seperti amat,   sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar | Kata   adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. | Adjektif   perasaan harus diiktui oleh kata sendi nama sepertiakan, dengan, terhadap dan sebagainya.  Contoh: Saya   sangat segan denganawak Ahmad   amat rindu akankekasihnya di Indonesia Orang   kaya itu amat maluuntuk meminta pertolongan mereka. | 
Golongan Kata Tugas
Hadir dalam ayat untuk memikul tugas nahu atau tugas sintaksis tertentu. Jadual berikut menjelaskan fungsi kata tugas.
| Contoh | subgolongan | Tugas | 
| 
 | 
 | Menghubungkan   ayat atau klausa. | 
| Aduh,   amboi, wah syabas, oh, cis | Kata   seru | Menunjukkan   seruan | 
| Mengapa   bila, berapa, bagaimana | Kata   tanya | Menyoal   atau bertanya | 
| Jangan,   usah, sila,   jemput tolong,   minta, harap | Kata   perintah 
 | Menimbulkan Tindakan   balas | 
| Ya,   benar, betul | Kata   pembenar | Membenarkan   sesuatu | 
| Maka,   hatta, adapun, syahdan | Kata   pangkal ayat | Menandakan   kesinambungan ayat | 
| Telah,   sudah, pernah, masih, sedang, tengah, akan belum. Hendak,   mahu ingin, harus, mesti, boleh, dapat. | Kata   bantu | Membantu   frasa-frasa kerja, adjektif, sendi nama. | 
| Amat,   sangat, sekali, terlalu, paling, sungguh, benar, nian. | Kata   penguat | Menguatkanmaksud   suatu adjektif | 
| -kah,   -tah, -lah, juga, pun, hanya, memang, lagi | Kata   penegas | Menegaskan   bahagian-bahagian tertentu dalam ayat | 
| 
 | Kata   nafi | Menafikan   sesuatu | 
| 
 | Kata   pemeri | Memerikan   hal atau merangkaikan subjek dengan predikat. | 
| Di,   ke, daripada, antara, untuk, bagi, akan, terhadap, oleh, seperti, umpama,   bagai. | Kata   sendi nama | Pelbagai   tugas bagi kata atau frasa nama | 
| Atas,   bawah, sisi, depan, belakang, hadapan, , dalam luar, samping, timur, barat. | Kata   arah | Menunjukkan   arah atau hala | 
| 
 | Kata   bilangan | Menerangkan   bilangan atau jumlah | 
| -nya | Kata   penekan | Memberi   penegasan bagi kata yang digandingi | 
| -nya | Kata   pembeda | Menjadikan   kata bukan nama sebagai kata nama | 
Kata hubung
Kata hubung bertugas untuk menghubungkan klausa, ayat, frasa atau perkataan  untuk membentuk ayat majmuk.
 Dalam bahasa Melayu terdapat dua jenis ayat majmuk, iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan. Oleh itu, kata hubung dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata hubung gabungan dan kata hubung pancangan.
 Oleh itu, kata hubung dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kata hubung gabungan dan kata hubung pancangan.
| Kata   hubung gabungan | Kata   hubung pancangan | ||
| 
 i.        Pemanah itu melepaskan anak panah,tetapi tidak mengena sasaran kerana   busurnya patah. ii.        ``Belum tentu... sama ada pergi   rumah kawanatau balik   kampung,’’ katanya. iii.       Dia mengelak,lantasmenikam. |  Pancangan   relatif | Pancangan   komplemen | Pancangan   keterangan | 
| -menghubungkan   klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil). Hubungan ini menggunakan   kata hubung yang. Contoh: i.   Pelajar yang berjayaitu   diberi hadiah. ii.   Budak yang sedang membaca itu adik perempuan saya. iii.   Buku yang dikarang oleh Ahmad itu buku sejarah. | -Menghubungkan   satu klausa sebagai komplemen pada satu klausa utama. (Kompelen bermaksud   pelengkap). -Jadi,   klausa klausa pancangan komplemen itu melengkapkan klausa utama. -Kata   hubung yang berperanan begitu ialah bahawa danuntuk. i. Guru tahun enam itu menyatakanbahawa semua muridnya mendapat enam A. ii. Mereka mengetahuibahawa Haji   Ahmad adalah ahli perniagaan besar. iii. Kerajaan membuat jambatan untukrakyat melintas   sungai. | -Kata   hubung pancangan keterangan menghubungkan klausa keterangan kepada klausa   utama. -Kata   hubung itu ialah: kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau, andaikata, kendatipun, hingga, jika, jikalau, semasa, sementara, setelah, sewaktu, sekiranya, ketika, tatkala, walaupun, dansesungguhnya. i. Mereka tidak dibenarkan masuk ke   stadium keranatidak   memiliki tiket yang sah. | |
Kata Kata Seru
Digunakan untuk melahirkan pelbagai perasaan, seperti suka, duka, marah, gembira, mencabar, dicabar dan sebagainya.
 Contoh:
| 
 | 
 Penting: Kata seru diguna sebelum klausa, dan kata seruan pada penghujung ayat, sebagai penutup ayat seruan itu.
Kata Tanya
Kata tanya digunakan untuk bertanya atau menyoal sesuatu. Kata tanya hadir di dalam predikat.
 Jika predikat didepankan, maka kata tanya hendaklah disertai oleh partikal –kah.
Lihat contoh-contoh berikut:
| Harga   rumah baru kamu  berapa? Berapakah harga rumah baru kamu? | 
| Kemalangan   itu berlaku bagaimana? Bagaimanakah kemalangan berlaku? | 
Ayat Perintah
Kata perintah bertugas untuk memberi tindak balas kepada orang yang mendengar (pihak kedua) sebagai larangan, silaan dan permintaan. Kaji contoh berikut:
| Jenis   perintah | Kata perintah | Contoh   penggunaan | 
| Larangan | Jangan,   usah | Rakyat jangan mudah terpengaruh dengan dakyah   komunis. Usah pergi ke sungai yang dalam airnya. | 
| Silaan | Sila,   jemput | Sila menjamu selera. Jemput ke rumah saya malam esok, ada   kenduri kawin | 
| Permintaan | Tolong,   minta | Tolong jangan cemarkan nama baik diri   sendiri. Minta bersihkan meja awak. | 
Kata Bantu
Kata bantu hadir sebelum frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama dalam ayat.
 Kata jenis ini membantu menerangkan aspek waktu dan ragam perasaan.
| Kata   Bantu | |
| Kata   bantu aspek | Kata   bantu ragam | 
| Memperihalkan   masa lampau, kini, atau masa hadapan. | Memperihalkan   perasaan ketika melakukan perbuatan. | 
| Contohnya:   telah, sudah, sedang, masih, akan, belum. | Contohnya:   hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dan dapat. | 
Kata penguat
Kata penguat bertugas menguatkan maksud kata adjektif.
Kata penguat boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif.
Berdasarkan pada kedudukan ini, kata penguat terbahagi kepada tiga jenid iaitu kata penguat hadapan, kata penguat belakang dan kata penguat bebas.
Kaji contoh-contoh di bawah dengan teliti:
| Jenis kata penguat | kata penguat | contoh penggunaan | 
| Hadapan | paling, terlalu, agak | Awak yang paling pintar dalam   kelas ini. Teknik yang awak gunakan untuk   menyelesaikan rumus Matematik itu terlalu rumit. | 
| Belakang | sekali, benar, nian | Permata yang termahal sekali   diletakkan di ruangan khas itu. Tanpa kebenaran ketua, awak telah   bercuti lama benar. | 
| Bebas | amat, sangat, sungguh | Hujan lebat amat Hujan amat lebat Badang kuat sangat Badang sangat kuat Ibu letih sangat semalam. Semalam ibu letih sangat. | 
Kata Penegas
Kata Penegeas atau partikel bertugas menekankan bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.
Menurut fungsinya sebagai penegas, kata tugas ini boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu kata penegas frasa predikat sahaja atau bahagian-bahagian dalam predikat dan kata penegas frasa subjek atau frasa apredikat.
Rajah di bawah merumuskan jenis kata penegas dan penggunaannya.
| Jenis Kata   Penegas | Kata   Penegas | Contoh   Penggunaan | 
| Frasa predikat atau bahagian dalam   predikat | -kah, -tah, - lah | Siapakah yang memakai   baju merah itu? Yang itulah murid baru   sekolah ini. Apatah usaha kita   menghidupkan semula pekan teater ini. | 
| Frasa subjek atau frasa predikat | juga, pun, hanya, lagi, memang,   sahaja | Pegawai juga mesti   hadir (subjek) Pegawai mesti hadir juga (predikat) Adiknya pun jurutera.   (subjek) Adiknya jurutera juga (predikat) | 
Kata Nafi
Kata nafi bertugas menafikan frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama dalam predikat.
Ada dua kata nafi iaitu bukan dan tidak.
| Kata Nafi | Contoh | 
| bukan | Universiti swasta itu hanya   menawarkan kursus-kursus sains, bukan seperti universiti   awam yang menawarkan berbilang kursus. | 
| Perdana Menteri berjumpa Bush, bukan Powell | |
| tidak | Meritokrasi tidak membebankan   mana-mana pihak | 
| Tulisan oleh penulis sensasi   itu tidak benar langsung. | 
Kata Pemeri
Kata pemeri bertugas merangkaikan frasa utama dalam predikat dengan frasa subjek.
Dalam bahasa Melayu, terdapat dua jenis kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.
| ialah | adalah | 
| Digunakan sebelum predikat untuk   menandakan persamaan antara frasa subjek dean frasa utama dalam predikat. contoh: Tindakan kerajaan   menetapkan mata wang ialah usaha melindungi ekonomi negara daripada serangan   luar. | Digunakan sebelum predikat sebagai   huraian bagi frasa subjek. Frasa predikat biasanya menjawab   soalan ``apakah'' Contoh: Makanan seimbang adalah   makanan yang diambil secara sederhana serta pelbagai jenis. | 
Kata Bilangan
Kata bilangan menerangkan bilangan atau jumlah sesuatu,. Lihat penjenisan kata bilangan seperti rajah di bawah:
| Jenis | kata   bilangan | 
| bilangan tentu | satu, dua, tiga empat... | 
| bilangan tak tentu | banyak semua segala | 
| bilangan himpunan | kedua-dua, beratus-ratus | 
| bilangan pecahan | setengah, dua pertiga | 
| bilangan pisahan | tiap-tiap, masing-masing, setap | 
Kata bilangan biasanya berpasangan dengan penjodoh bilangan sebagai penerang kepada kata nama.
contoh:
Datukku berjalan dengan sebatang tongkat.
Kata penekan -nya
Kata penekan -nya berfungsi menegaskan kata yang digabungkan dengannya.
Lihat contoh-contoh di bawah.
| Nampaknya masih ada   yang belum membayar saman  kesalahan jalan raya. | 
| Awak sebenarnya masih   belum membereskan hutang bank. | 
Kata Pembenda
Kata -Nya adalah juga kata pembenda, yakni berfungsi menjadikan kata bukan nama sebagai kata nama. Ia boleh menjadi kata adjektif dan kata kerja sebagai kata nama, misalnya:
| Sedihnya perasaan saya   tidak dapat digambarkan. (Kata sedih ialah kata adjketif; pembeda -nya menjadikannya   kata nama. | 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan