PANDUAN TUGAS  JAWATANKUASA PENGELOLA / PELAKSANA KEJOHANAN  MAJLIS SUKAN SEKOLAH
1.         URUS SETIA 
1.1            Menubuhkan J/K Kecil (Bilangan mengikut Kesesuaian /Keperluan)
1.2            Mendapatkan senarai nama dari setiap J/K yang dilantik
1.3            Menyebarkan infomarsi yang diperlukan kepada semua Pengerusi Jawatankuasa Kecil yang terlibat
1.4            Menguruskan mesyuarat Jawatankuasa Induk Pengelolaan Kejohanan
1.5            Menjadi pusat pengaduan kepada semua (pegawai/peserta) berkaitan dengan masalah kejohanan
1.6            Menyediakan carta yang kemas berhubung dengan keputusan acara kejohanan yang terkini untuk makluman dan tindakan pengurus pasukan yang terlibat
1.7            Bekerjasama dengan pengerusi jawatankuasa yang berkaitan jika timbul sebarang masalah
1.8            Menyediakan buku program  kepada pasukan yang menyertai kejohanan
1.9            Bertindak sebagai penyelaras untuk semua aktiviti berhubung kejohanan
1.10          Menyediakan anggaran perbelanjaan mengikut garis panduan yang disediakan
1.11          *Mendapatkan tandatangan penerima elaun bertugas setiap hari dan perlu diserahkan kepada Bendahari pada hari akhir kejohanan atau sehari salepas kejohanan berakhir
2.         KESELAMATAN 
2.1              Menubuhkan J/K Kecil (Bilangan mengikut Kesesuaian /Keperluan)
2.2              Menyediakan Senarai Pegawai Bertugas beserta nombor telefon yang mudah dihubungi.
2.3              Memastikan perkara yang berkaitan dengan keselamatan dan lalulintas
2.4              Memberi kerjasama dengan J/K Pertandingan untuk memastikan perjalanan kejohanan adalah licin dan lancar tanpa gangguan
2.5              Membuat Pemantauan di Tempat Pertandingan 
3.         PERUBATAN DAN BANTU MULA 
3.1              Menubuhkan J/K Kecil (Bilangan mengikut Kesesuaian /Keperluan)
3.2              Menyediakan Senarai Pegawai Bertugas beserta nombor telefon yang mudah dihubungi.
3.3              Menyediakan  Pasukan Paramedik 
3.4              Menyediakan  Ambulans   waktu  kecemasan
4.         PENDAFTARAN 
4.1         Menubuhkan J/K Kecil (Bilangan mengikut Kesesuaian /Keperluan)
4.2        Menyediakan Senarai Pegawai Bertugas beserta no telefon yang  
             mudah dihubungi
4.3         Mendapatkan maklumat berkaitan dari urus setia
4.4         Menyediakan semua maklumat berkaitan semasa pasukan
             mendaftar
4.5        Menyediakan Pengangkutan dalaman dan jadual pergerakan bas.
4.6        Menyediakan Agihan dan senarai tugas AJK
PANDUAN TUGAS  JAWATANKUASA PENGELOLA / PELAKSANA KEJOHANAN   MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH SEREMBAN 2010
5.         JEMPUTAN DAN  SAMBUTAN 
5.1        Menubuhkan J/K Kecil (Bilangan mengikut Kesesuaian /Keperluan)
5.2        Menyediakan Senarai Pegawai Bertugas beserta nombor telefon yang  
             mudah dihubungi
5.3        Mendapatkan maklumat bekaitan dari urus setia
5.4        Mengedarkan kad / Surat Jemputan
5.5        Mendapatkan maklumat kehadiran jemputan / VIP 
5.6        Menyambut VIP / tetamu yang hadir
5.7        Menyediakan Upacara Sambutan VVIP
5.8        Menentukan tempat duduk jemputan
5.9        Mengedarkan buku program kepada tetamu
6.      PERSIAPAN TEMPAT / VENUE KEJOHANAN & SIARAYA  
6.1        Menubuhkan J/K Kecil (Bilangan mengikut Kesesuaian /Keperluan)
6.2        Menyediakan senarai pegawai bertugas beserta nombor telefon yang    
           mudah dihubungi
6.3       Memantau persiapan dan keperluan tempat kejohanan
6.4       Memastikan Siaraya yang diperlukan (acara penutup / juru acara)  ada   
        dan sentiasa dalam keadaan baik        
6.5       Mengambilkira keperluan peralatan / persiapan tempat  majlis penutup    
        kejohanan 
 7.     MINUMAN PEGAWAI / JAMUAN PENUTUP 
        7.1     Menubuhkan J/K Kecil(Bilangan mengikut Kesesuaian /Keperluan)
        7.2     Menyediakan senarai pegawai bertugas beserta nombor telefon yang
      mudah dihubungi          
        7.3     Menguruskan  minuman dan jamuan majlis penutup
        7.4     Menyemak bilangan dan masa jamuan
        7.5     Menentukan cara penyediaan jamuan khas untuk VIP
        7.6     *Membuat anggaran perbelanjaan dan menguruskan bayaran
  8.       *SERANTA DAN PUBLISITI 
8.1       Menubuhkan J/K Kecil (Bilangan mengikut Kesesuaian /Keperluan)
8.2      Menyediakan senarai pegawai bertugas beserta nombor telefon yang     
           mudah dihubungi
8.3      Menyebarkan berita kejohanan dalam mass media,surat khabar,radio dan 
           kain rentang
8.4      Menentukan tempat dan memasang kain rentang / bena
8.5      Menyebarkan maklumat kepada sekolah - sekolah 
9            MAJLIS PENUTUP KEJOHANAN 
9.1        Menubuhkan J/K Kecil (Bilangan mengikut Kesesuaian /Keperluan)
9.2        Menyediakan Juru acara Majlis
9.3        Menyusun Acara penutup
9.4        Bekerjasama dengan J/K Hadiah
9.5        Membuat persediaan dan taklimat kepada pengurus pasukan
PANDUAN TUGAS  JAWATANKUASA PENGELOLA / PELAKSANA KEJOHANAN   MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH SEREMBAN 2010
10.       TEKNIK DAN KEPEGAWAIAN  
10.1     Menubuhkan J/K Kecil (Bilangan mengikut Kesesuaian /Keperluan)
10.2     Menyediakan Senarai Pegawai Bertugas beserta no telefon yang mudah dihubungi
10.3     Melantik pegawai  yang terlatih sebagai ketua setiap bahagian
10.4     Memberi taklimat kepada semua pegawai
10.5     Menyediakan senarai semak Borang Pendaftaran (Peraturan MSSM)
10.6     Menyusun jadual bertugas pegawai
10.7     Membuat Pendaftaran dan semakan Borang R01/02 dan M01/M02
10.8     Menyediakan peraturan Kejohanan
10.9     Menyediakan dan menentukan Jadual pertandingan
10.10   Memberi taklimat kepada  pengurus pasukan
10.11   Bertanggungjawab dalam semua pekara teknikal
10.12   Bertanggungjawab dalam menyediakan data Penyertaan dan Keputusan
10.13   Bertanggungjawab dalam menentukan  kesesuaian tempat dan keperluan  
            peralatan pertandingan
10.14Bertanggungjawab dalam  menyediakan semua peralatan
10.15Menyediakan  garis panduan tugas Pelajar Pembantu Teknikal (QM)
10.16   Menentukan bilangan keperluan pegawai  dan QM kejohanan .
11.        HADIAH DAN CENDERAMATA  
11.1 Menubuhkan J/K Kecil (Bilangan mengikut Kesesuaian /Keperluan)
11.2 Menyediakan senarai pegawai bertugas beserta nombor telefon
11.3 Menyediakan & memastikan jenis,bilangan hadiah dan sijil mencukupi
11.4 Mendapatkan pandangan urus setia dalam menyediakan Cenderamata 
11.5 Berbincang dengan J/K Induk tentang VIP yang akan menyampaikan    
           hadiah
11.6 Bertindak sebagai penyelia dan mengenalpasti pemenang
11.7 Sentiasa berhubung dengan Juru acara Majlis untuk penyelarasan
 aturcara majlis penyampaian hadiah
11.8 Memberi taklimat kepada penerima hadiah sebelum upacara   
           dijalankan
11.9 *Menyediakan anggaran perbelanjaan 
12.       PANEL PEMILIHAN 
12.1 Menubuhkan J/K Kecil
12.2 Menyediakan senarai panel bertugas beserta nombor telefon
12.3 Menyediakan garis panduan pemilihan dan borang 
12.4 Mengadakan mesyuarat / taklimat penyelarasan tugas
12.5 Menyediakan senarai atlet terpilih berdasarkan keputusan panel
nhh/usppds/220210
* Jika perlu
 
menarik dan berguna. mohon semak dan petik untuk dikongsi. terima ksih
BalasPadamterima kasih
BalasPadam