Bahasa Bersifat Arbitrari
(Md. Rahim Ab. Majid)
1.0 Definisi
1.1 Konsep rujukan yang tiada hubungan yang mutlak antara bunyi atau perkataan dengan makna atau benda. Simbol atau perkataan itu bersifat konvensional (Arbak Othman, 1993: 12, Nik Hassan Basri, 2005:8)
1.2 Pertalian yang sewenang-wenang antara sesuatu bentuk bahasa dengan makna. Bentuk bahasa ini diberi lambang bertulis. Pertalian ini hanya secara kebetulan sahaja dan ditentukan oleh sesuatu budaya. Dalam sistem perhubungan binatang pertalian ini tidak arbitrari (Abdullah Hassan,1980:20)
1.3 Tiada hubungan yang mutlak antara bunyi atau perkataan dengan makna atau benda yang dimaksudkan. Oleh itu makna bagi sesuatu lambang atau perkataan adalah konvensional sifatnya. Makna adalah dipersetujui bersama oleh sekelompok penutur yang menggunakan bahasa itu. Persetujuan itu dilakukan baik secara sedar ataupun tidak (Raminah Hj. Sabran,1985:40)
1.4 Hubungan atau ikatan antara satu ditanda dengan satu penanda adalah secara kebetulan dan tidak mempunyai motivasi ke rah itu. Hal ini bererti juga, bahawa baik ditanda mahupun penanda secara individu adalah bahagian-bahagian kebetulan dari suatu masa yang tidak berbentuk dan tiap bahagian dapat dipertahankan hanya dengan hubungannya dengan yang satu lagi. Tanda tidak dapat diubah mengikut sesuka hati kita atau oleh satu masyarakat linguistik: tanda tidak dapat diubah (:immutable)’ tetapi sistem bahasa dapat diubah (Ferdinand de Saussure, 1964:16,73,111 dlm Mengantar Simanjuntak,1987: 39)
2.0 Huraian
- signe: sign: lambang: gabungan daripada konsep dan bayangan bunyi: tanda
- sinifiie: signified : concept : konsep : erti : ditanda
- signifiant : signifier : bayangan bunyi : image acoustique : penanda
Tiada ulasan:
Catat Ulasan