PENGERTIAN ZIKIR
Pengertian zikir ialah mengingati ALLAH. Zikir adalah sebahagian daripada rangkaian iman yang diperintahkan agar kita melakukannya setiap saat. Mengingati ALLAH mendorongkan seseorang melakukan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.Mengingati ALLAH adalah usaha yang berkesan untuk mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada ALLAH .Mengingati ALLAH setiap masa juga merupakan usaha untuk memperolehi keampunan dan keredhaan ALLAH S.W.T
Zikir adalah pembersih hati yang kotor Firman ALLAH :
Dan janganlah engkau turut orang yang kami lalaikan hatinya dari mengingati kami dan ia memperturutkan hawa nafsunya kerana itu adalah pekerjaan melewati batas
surah al-Kahfi:28
Pengertian zikir
Pelbagai maksud dan definisi dapat diberikan kepada pengertian zikir. Dari segi bahasa zikir bermaksud mengingati. Semantara dari segi istilah pula zikir merupakan mengingati Allah s.w.t. bilamana dan di mana sahaja berada dengan cara-cara yang dibolehkan oleh syarak seperti menerusi ucapan perbuatan atau dengan hati. Selain itu, zikir juga dapat diertikan sebagai sebahagian daripada rangkaian iman yang diperintahkan agar kita melakukannya setiap saat. Mengingati ALLAH mendorongkan seseorang melakukan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya. Mengingati ALLAH adalah usaha yang berkesan untuk mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada ALLAH (diperolehi daripada http://www.siramanrohani.s5.com/zikir.htm) Zikir terbahagi kepada dua iaitu zikir Qalbi dan zikir Lisani. Zikir Qalbi merujuk kepada zikir yang dilakukan untuk memperingati Allah dengan berzikir dengan hati. Sementara itu, zikir lisani pula zikir yang dilakukan untuk memperingati Allah dengan lidan dan perbuatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan