Isnin, 16 Januari 2012

KONSEP BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PERPADUAN

    Prof. Dr. Awang Sariyan, penyandang kerusi bahasa Melayu di Universiti Beijing mengatakan bahawa "Bahasa ialah pancaran akal budi insan". Hal ini sekali bertepatan dengan slogan "bahasa jiwa bangsa" dan "bahasa melambangkan bangsa".Maka, bahasa bukan sekadar alat komunikasi, atau simbol-simbol yang dikodkan untuk kegunaan perhubungan sesama manusia. Implikasinya amatlah besar, iaitu bahasa lebih hampir kepada kebenaran, dengan syarat berlakunya pengisian ilmu. Daripada bahasa, kita dapat mengukur tahap intelektual, tamadun, dan pencapaian si penuturnya. Kita biasa mendengar orang-orang tua dahulu mengungkapkan "tidak reti bahasa.." yang membawa maksud tingkah laku seseorang yang tidak selari dengan nilai-nilai yang diamalkan dalam masyarakat. Bahasa sudah disinonimkan dengan tingkah laku yang sah dan boleh diterima.
     Namun pada umumnya bahasa didefinisikan dan diertikan sebagai satu sistem bunyi yang terdiri daripada lambing-lambang yang diujarkan oleh manusia dengan bantuan alat artikulasi yang telah tersedia ada pada mereka. Lambing-lambang yang dituturkan mempunyai makna-makna tertentu berdasarkan masyarakat yang menuturkannya.Bahasa memainkan pelbagai peranan. Antara yang paling ketara adalah sebagai alat komunikasi untuk manusia berinteraksi antara satu sama lain.
     Bloch dan Trager (1942) mentakrifkan bahasa sebgai sistem lambing-lambang vokal yang digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi.Proses komunikasi bahasa berlaku apabila adanya penutur dan pendengar. Menurut Chomsky (1957) pula,setiap penutur dan pendengar mempunyai dua perkara penting,iaitu kecekapan bahasa dan pengucapan bahasa. Kecekapan bahasa berada dalam otak manusia dan diertikan sebagai satu sistem rumus bahasa yang mampu menghasilkan kalimat yang tidak terbatas banyaknya.Pengucapan bahasa pula dapat diertikan sebagai bunyi-bunyi yang dilafazkan.Pengucapan bahasa menghasilkan ayat-ayat yang didengar oleh pendengar melalui telinga dan diproses dalam minda.Proses ini bertukar ganti antara penutur dangan pendengar yang berkomunikasi.
      Dari segi pragmatik,ahli-ahli linguistik bhawa bahasa merupakan satu sistem yang menghubungkan maksud kepada bunyi,sama ada berdasarkan aksi penutur kepada pendengar.Bahasa merupakan satu sistem ujaran dan tulisan konvensional yang digunakan oleh manusia untuk berkongsi budaya dan berkomunikasi antara satu sama lain.Bahasa dapat menggambarkan dan memberikan kesan terhadap cara berfikir serta perubahan dan perkembangan budaya.Sesuatu bahasa itu akan menjadi semakin berbeza jika penuturnya terasing daripada penutur bahasa yang lain.Sebaliknya,jika sesuatu bahasa itu sentiasa dikomunikasikan,bahasa tersebut boleh mempengaruhi penutur lain.
     Kebanyakan bahasa yang ada pada hari ini adalah sekeluarga dengan bahasa yang lain,iaitu berasal daripada rumpun bahasa yang lebih besar.Hubungan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain ditentukan dengan membandingkan tatabahasa dan sintaksis,terutama dengan melihat bentuk-bentuk yang sama sifatnya atau perkataan yang sama.Bahasa mempunyai struktur yang kompleks,tetapi boleh dianalisis dan diperlihatkan secara sistematik.Semua bahasa bermula dengan bahasa lisan,yang telah wujud lama sebelumsistem tulisan diwujudkan.Untuk menyampaikan makna,bahasa mempunyai sistem ayat yang berbeza-beza.Kandungan bahasa terdiri daripada bentuk dan susunan perkataan,struktur sintaksis dan intonasi ujaran.

                                                                                        






KONSEP BAHASA MELAYU YANG DIPETIK DARIPADA NASKAH KAMUS
NAMA KAMUS
PETIKAN KONSEP BAHASA
The American Heritage Science Dictionary

Bahasa adalah satu sistem objek atau symbol seperti bunyi atau sesuatu huruf yang berurutan yang boleh digabungkan dengan berbagai-bagai cara dengan mematuhi peraturan tertentu,terutamanya untuk melahirkan pemikiran,perasaan dan memberi arahan.

Oxford University Press

Bahasa merupakan salah satu cara terbaik untuk mengklasifikasikan manusia kepada suku dan etnik tertentu.


The American Heritage Dictionary

Bahasa merupakan satu alat komunikasi bagi menyampaikan pemikiran dan perasaan melalui sistem tanda yang arbitrary seperti bunyi,gerak isyarat atau symbol-simbol tulisan.Bahasa merupakan satu sistem yang mengandungi peraturan-peraturan tertentu yang menggabungkankompenan seperti perkataan.Bahasa merupakan satu sistem yang digunakan masyarakat atau komuniti yang berbeza untuk berinteraksi.

Etymology Dictionary

Bahasa terdiri daripada makna sistematik yang dikomunikasikan melalui penggunaan bunyi-bunyi atau tanda-tanda konvensional.





KONSEP BAHASA MELAYU OLEH TOKOH-TOKOH BAHASA DAN AHLI LINGUISTIK
NAMA TOKOH
KONSEP BAHASA MELAYU
G.Trager (1949)
Bahasa ialah satu sistem lambing vokal yang arbitari dan bermakna yang digunakan oleh anggota masyarakat untuk berhubung sebagai satu cara bersosial
Naom Chamsky (1957)
Bahasa ialah satu set ayat sama ada terbatas atau tidak dan setiap ayat yang terbatas panjangnya dibina oleh satu set elemen yang terbatas juga
Michael Halliday (1973)
Bahasa ialah satu urutan kemungkinan dan pilihan tingkah laku yang bersesuaian dengan individu sebagai manusia yang bersosialasi
Lutfi Abas (1975)
bahasa ialah data yang dianalisis dalam linguistik. Bahasa ialah suatu sistem simbol-simbol yang terdiri daripada bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, yang dipersetujui bersama, dipelajari oleh sekelompok manusia dan dengan simbol-simbolnya pula sekelompok manusia itu berkomunikasi.

Raja Mukhtaruddin (1980)
Ahli-ahli bahasa terlebih dahulu mendefinisikan bahasa sebagai suatu sistem lambang-lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan oleh ahli-ahli sesebuah masyarakat.

Charles F. Hockett(2000)
bahasa dari sudut psikologi behaviurisme, iaitu sistem tabiat-tabiat sangat rumit






FUNGSI BAHASA MELAYU




Kebanyakan negara di dunia ini memiliki lebih daripada satu bahasa.Di negara kita sendiri,pola kepelbagaian bahasa wujud baik dengan bahasa-bahasa pendatang mahupun bahasa-bahasa serumpun dengan bahasa Melayu.Setiap bahasa itu hanya menjadi alat komunikasi yang terbatas di lingkungan kaumnya sendiri sahaja.sebahagian besar bahasa-bahasa bumiputera yang terdapat di Sabah dan Sarawak pula tidak mempunyai tradisi bahasa tulisan atau kesusasteraan bertulis yang cukup lama untuk dijadikan bahasa pengantar.Selain itu,bahasa Inggeris tidak dapat menyatupadukan  rakyat Malaysia yang berbilang kaum kerana hanya segelintir penduduk Malaysia yang berkemampuan bertutur dalam bahasa Inggeris.Bahasa Inggeris sebenarnya tidak pernah menjadi bahasa bersama untuk masyarakat Malaysia dan tidak dapat dijadikan bahasa perpaduan.
Bahasa Melayu mempunyai syarat-syarat untuk memenuhi keperluan menjadi bahasa kebangsaan serta melambangkan kedaulatan dan perpaduan negara,iaitu menjadi asas kebudayaan kebangsaan dan menyatupadukan rakyat.Dengan adanya satu kebudayaan kebangsaan dan bahasa kebangsaan pula sebagai lambang eksperasinya,maka perpaduan rakyat yang berbilang kaum itu boleh dicapai.Masa depan bahasa Melayu dicorakkan oleh pemimpin-pemimpin politik yang memegang kuasa dan mempunyai pengaruh yang kuat bagi terus memartabatkan bahasa Melayu sebagai perpaduan rakyat  negara kita.
Keraf (1984) menyatakan bahawa bahasa merupakan alat untuk integrasi dan adaptasi sosial.Bahasa dapat menerapkan unsur kebudayaan yang membawa kepada perkenalan dan pergaulan dalam kalangan masyarat dan akhirnya kita akan dapat lihat perpaduan sesame mereka akan terjalin dengan sendirinya melaui penggunaan stu bahasa yang seragam.Hal ini membolehkan integrasi sosial berlaku walaupun individu tersebut terdiri daripada kaum lain.Dalam masa yang sama,Keraf ada juga mengatakan bahawa bahasa merupakan alat untuk mengadakan kawalan sosial.Bahasa dapat digunakan untuk mempengaruhi tingkah laku dan tindak tanduk orang lain.Tingkah laku ini ada yang bersifat terbuka iaitu dapat diperhatikan ataupun bersifat tertutup iaitu tidak dapat diperhatikan.Kegiatan sosial dalam masyarakat dapat berjalan dengan baikkerana dapat diatur melalui penggunaan bahasa.Semua pertuturan mempunyai tujuan untuk mendapatkan tanggapan,menghasilkan perbualan dan tindakan.Bahasa dijadikan alat untuk mengawal dan mewariskan kepercayaan dan norma-norma masyarakat kepada generasi berikutnya.Dalam konteks ini,kita dapat melihat betapa peri pentingnya kewujudan satu bahasa yang menjadi  alat komunikasi semua kaum di Malaysia dan dengan itu secara tidak langsung,rakyat di Malaysia mampu untuk bersatu padu di bawah satu sistem bahasa yang indah  iaitu bahasa Melayu.
Bahasa Melayu yang mampu menjadi teras perpaduan bangsa Malaysia ialah Bahasa Melayu yang digunakan secara bersama dan meluas. Bahasa melayu bukan sahaja berfungsi sebagai bahasa basahan, namun bahasa rasmi dan tidak rasmi.
Bahasa ini bukan sahaja dijadikan bahasa perantaraan di sekolah-sekolah dan universiti tetapi penggunaannya menjangkau ke peringkat antarabangsa. Buktinya DS Mohd Najib telah bertutur dalam Bahasa Melayu sepenuhnya di sebuah Universiti di China semasa lawatan beliau ke sana baru-baru ini.Ini bererti Bahasa Melayu yang dimaksudkan ialah bahasa Melayu yang standard dan mengikut struktur bahasa Melayu baku dan mempunyai sistem yang sama untuk semua.Slanga atau loghat mungkin sesuai untuk orang Melayu di negeri-negeri tertentu, tetapi apabila bertutur dengan bangsa Melayu dari kawasan atau negeri yang lain dan dengan orang bukan Melayu, Bahasa Melayu yang standard wajar digunakan. Inilah bahasa yang diajar dan digunakan di sekolah, dalam buku teks, buku-buku dan majalah serta dalam dokumen rasmi yang lain.
Selain itu, Bahasa Melayu sebagai alat perpaduan utama mempunyai masa depan yang cerah kerana Bahasa Melayu bersikap terbuka kepada bahasa lain. Kita sedar sesuatu bahasa yang terlalu rigid, terpencil dan statik tidak akan mampu mengadaptasikan dirinya dengan perubahan semasa.Dunia semakin berkembang, masyakaratnya semakin maju dan berpengetahuan, maka begitulah juga halnya dengan bahasa Melayu Sejak dahulu Bahasa Melayu dilihat mempunyai tahap keterbukaan dan toleransi yang begitu tinggi,kepada kemasukan isitilah-istilah baru dan kata asing. Dinamika bahasa ini amat diperlukan untuk memastikan Bahasa Melayu tidak terkubur seperti yang berlaku kepada bahasa Sanskrit.Sayugia diingat dalam keghairahan kita hendak mempertahankan Bahasa Melayu jangan sampai bahasa ini menerima nasib yang sama seperti dinossours yang akhirnya pupus kerana gagal untuk menyesuaikan dirinya dengan perubahan semasa dan persekitaran.
Maka menyedari hakikat itu DBP telah memainkan peranan yang begitu aktif untuk membentuk dan menyelaraskan istilah-istilah baru dalam pelbagai bidang pengetahuan seperti sains dan teknologi, undang-undang, pendidikan, perbankan, komputer dan internet.Kedudukan Bahasa Melayu sebagai teras perpaduan bangsa Malaysia diperkukuh apabila kehadirannya tidak pernah disangsikan oleh kaum-kaum lain. Sebabnya Bahasa Melayu tidak dianggap sebagai ancaman kepada mana-mana pihak dan kehadirannya tidak akan menyebabkan bahasa ibunda kaum masing-masing akan menerima nasib malang.
Rahsia Bahasa Melayu tetap diyakini sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan hingga kini ialah kerana jaminan yang diberikan dalam perlembagaan Malaysia yang telah menyebutkan bahawa bahasa-bahasa lain masih boleh digunakan. Keadaan ini menjadikan Bahasa Melayu akan terus dihormati dan tidak akan disaingi oleh bahasa-bahasa lain.

Gerakan Cintailah Bahasa Kita yang dilancarkan pada 11 Disember 1987 membuktikan betapa seriusnya pihak kerajaan dalam mengangkat martabat bahasa ini sebagai bahasa komunikasi utama pelbagai kaum. Sejak itu banyak kegiatan kebahasaan turut melibatkan pelbagai kaum.Buktinya yang jelas ialah dengan adanya pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis (PBSUB) bagi SRJKC dan SRJKT dan pidato bahasa Melayu antarabangsa. Ini membuktikan bahasa Melayu menjadi bahasa yang boleh dipelajari dan dituturkan oleh sesiapa sahaja.



Pemilihan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsan dan bahasa perpaduan melonjakkan bahasa ini sebagai satu identiti bagi masyarakat majmuk sehingga mampu menjadi model perpaduan dunia melalui penggunaan satu bahasa.
Bahasa Melayu memainkan peranan penting bagi membentuk perpaduan kaum rakyat Malaysia.Ini selaras dengan pendapat Garvin dan Mathiot (1986) yang mengatakan bahawa fungsi simbolik sesuatu bahasa standard ialah fungsi penyatuan.Dalam hal ini,bahasa boleh bertindak sebagai alat yang menghubungkan penutur-penutur yang menuturkan pelbagai dialek bahasa yang sama,dan dengan demikian menyatukan mereka ke dalam satu masyarakat bahasa.Hasil daripada penyatuan ini,akan wujudlah satu bangsa yang dikenali sebagai bangsa Malaysia.Penyatuan rakyat sesebuah negara jarang berlaku dengan hanya bersefahaman dalam politik dan agama sahaja.Akan tetapi bahasa yang merupakan alat pengisi fikiran dan alat untuk melahirkan pendapat dan fikiran itu merupakan alat perpaduan yang sebaik-baiknya.Jelaslah,bahasa Melayu mendukung tanggungjawab dalam perpaduan rakyat Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan