Selasa, 31 Januari 2012

SINTAKSIS

Sintaksis


  • Cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat.
  • Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.
Ayat
  • Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat.
  • Contohnya: Ahmad sedang membuat kerja rumah
  • Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu (i) Ahmad sedang dan bahagian (ii) membuat kerja rumah.
  • Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN),  frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).
  • Lihat contoh-contoh berikut dan kaji unsur-unsur (frasa) yang mendasari ayat.

Subjek Ayat
Predikat Ayat
Frasa Subjek
Frasa Predikat
Rumus Pola Ayat
Ahmad
mengulangkaji tatabahasa
Frasa Nama
Frasa Kerja
FN + FN
Cikgu
ke sekolah
Frasa Nama
Frasa Sendi Nama
FN + FS
Fatimah
amat rajin
Frasa Nama
Frasa Adjektif
FN + FA
Ah Chong
seorang usahawan
Frasa Nama
Frasa Nama
FN + FN

Frasa
  • Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.
  • Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat.
  • Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu FN, FK, FA dan FS
  • Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik.


Binaan Ayat
  • Bahagian subjek dan bahagian predikat merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat dalam Bahasa Melayu. Subjek dan predikat mempunyai unsur-unsur.
  • Perhatikan contoh di bawah:

Subjek
Subjek
Bah. Ayat
Unsur
Bah. Ayat
Unsur
Ah Tian

guru senaman

Tipah

membeli gula

Suara ketua pengawas itu

serak-serak basah

Munainady

menoreh getah


  • Jadual di atas menunjukkan rumus binaan ayat yang mudah. Bahasa subjek dibina oleh frasa nama dan predikat dibina sama ada oleh frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Ayat Dasar dan Ayat Terbitan
  • Perhatikan ayat berikut:
Pelajar itu membaca buku.

  • Ayat ini terdiri daripada satu klausa kerana mempunyai satu subjek (pelajar itu) dan satu predikat (membaca buku).
  • Ayat seperti ini dipangil ayat dasar kerana menjadi punca penerbitan ayat-ayat lain.
  • Jika kita hendak menambah maklumat kepada maklumat kepada maklumat asas itu dengan penerangan kepada maklumat asas itu dengan peneragan kepada subjek atau penerangan kepada predikat, maka ayat berkenaan boleh menjadi seperti berikut:
Pelajar tingkatan enam itu membaca buku. (tingkatan enam menjadi penerang kepada pelajar, iaitu subjek ayat)

Pola Ayat Dasar
  • Pola ayat dasar mempunyai rumusnya tersendiri.
  • Rumus-rumus ini boleh terdiri daripada unsur-unsur Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA) atau Frasa Sendi Nama (FS)
  • Lihat contoh berikut:
Subjek Ayat
Predikat Ayat
Frasa Subjek
Frasa Predikat
Rumus Pola Ayat
Jamilah
pengurus sumber manusia
Frasa Nama
Frasa Nama
FN+FN
Atan
budak pandai
Frasa Nama
Frasa Adjektif
FN+FA
Frasa Nama  


Ingat, frasa boleh terdiri daripada satu perkataan atau atau beberapa perkataan.
Jika terdiri daripada beberapa perkataan maka inti frasa hendaklah kata nama.
Contoh:
Bas awam
Basikal adik
Basikal Raleigh
Contoh di atas, inti frasa ialah bas dan basikal.
Kata yang menyusul ialah penerang frasa.

Rumus Frasa Nama (FN)
Kata yang diterangkan, atau inti frasa, hadir dahulu dan kata yang menerangkan, atau penerang hadir kemudian. Dalam bahasa Melayu, peraturan ini dipanggil hukum D-M, yakni hukum Diterangkan -Menerangkan. Contohnya - pisang goreng
Sungguhpun begitu, umumnya susunan unsur frasa nama menurut hukum D-M terdapat beberapa kekecualian dalam beberapa keadaan frasa nama yang mempunyai penerangan mengenai nama jawatan atau gelaran dan bilangan bukan ordinal.
 Perhatikan contoh-contoh kekecualian berikut:

Frasa Nama
Nota
Penerang
Inti
Perdana
Menteri
Penerang nama jawatan
Tuan
Ahmad
Penerang gelaran/panggilan
Timbalan
Menteri Pelancongan
Penerang nama jawatan

Frasa Nama

Nota

Bilangan
Penjodoh bilangan
inti
Lapan
bilah
pedang
Penerang kata bilangan dan penjodoh bilangan
Semua
-
murid
Penerang kata bilangan
Enam
ekor
buaya
Kata bilangan dan penjodoh bilangan

Selain daripada susunan unsur mengikut hukum D-M, penerang adjektif yang menerangkan inti frasa hendaklah hadir sesudah inti frasa dn diikuti oleh penerang lain dan diakhiri oleh penentu belakang.
 Contoh:
Inti
Penerang Adjektif
Penerang Kata Nama/Frasa Nama
Penentu belakang
Kereta
Berkilat
ayah
itu
Kata Sendi Nama
Kata sendi ialah satu kata tugas yang boleh membentuk frasa dalam bahasa Melayu.
Kata tugas lain tidak membentuk frasa
Kata tugas digunaan sebelum kata nama dna frasa nama.
Kata sendi nama pula mempunyai pelbagai tugas.
Lihat contoh-contoh di bawah
Sendi Nama
Tugas/contoh
Di
Menunjukkan tempat (di pejabat)
Menunjukan perbuatan (dipukul, dicuci)
Ke
Menunjukkan tempat atau arah tujuan (ke Indonesia)
Menunjukkan waktu (dari petang hingga ke malam)

Dari
Menunjukkan tempat atu arah datang
Menunjukkan waktu atau masa

Kepada
Menunjukkan sasaran/ditujukan
Menunjukkan bahagian sesuatu
Menunjukkan perubahan keadaan
Daripada
Menunjukkan punca (cadangan daripada Perdana Menteri)
Menunjukkan sumber atau asal sesuatu (dibuat daripada bunga)
Menunjukkan perbandingan (lebih banyak daripada)
Pada
Menunjukkan tempat sesuatu perbuatan (Layang-layang tersangut pada arial televisyen)
Menunjukkan tempat tempat terdapatnya sesuatu (barang itu ada pada saya)
Menunjukkan keterangan waktu ((bermula pada tengah malam)
Untuk
Menunjukkan kegunaan sesuatu (alat untuk membuka pintu)
Menunjukkan sesuatu telah dikhaskan (pelamin itu untuk mempelai sahaja)
Bagi
Menunjukkan kegunaan sesuatu (kegunaan tuas bagi mengangkat kubah masjid)
Derma bagi pelarian Afghanisatn itu dilarikan orang.
Demi
menunjukkan tujuan
menunjukkan urutan
Untuk menegaskan sesuatu
Tentang
Menunjukkan rujukan
Dengan
Menunjukkan turut serta
Menunjukkan cara sesuatu perbuatan dilakaukan
Menunjukkan benda yang digunakan
Menunjukkan persamaan
sejak, semenjak
Menjadi penanda waktu atau masa
Terhadap
Menunjukkan rujukan yang tentu
Oleh
Menunjukkan pembuat dalam ayat pasif
Menunjukkan sebab
Akan
Menunjukkan rujukan selepas kata atau frasa adjektif
hingga, sampai
Menunjukkan had masa atau peringkat
seperti, bagai, umpama, laksana, bak
Menunjukkan perbandingan
Frasa Kerja (FK)
1. Frasa kerja boleh terdiri daripada satu atau beberapa perkataan dengan kata kerja sebagai intinya.
2. Dalam ayat, frasa kerja wujud dalam predikat.
3. Frasa kerja terbahagi kepada dua jenis, iaitu frasa kerja transitif dan frasa kerja tak transitif.
4. Binaan frasa kerja secara umumnya sama dengan kata kerja (lihat nota kata kerja)
Pembahagian jenis-jenis frasa kerja boleh diringkaskan seperti di bawah:
Frasa kerja
Frasa Kerja Transitif
Frasa Kerja Tak Transitif
(i) (kata bantu) + kata kerja + objek + (penerangan) + (keterangan)
Tanda kurung menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada.
(ii) (kata bantu) + kata kerja + objek tepat + objek sipi + (keterangan)
Tanda kurung menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada
Frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap
Frasa kerja tak transitif berpelengap
(i) (kata bantu) + kata kerja + (keterangan)
Tanda kurungan menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada
(ii) (kata bantu) + kata kerja + (penerang) + (keterangan)
Tanda kurung menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada.
(kata bantu) + kata kerja + pelengkap + (penerang) + keterangan
tanda kurung menunjukkan unrus yang boleh ada atau tiada.

contoh 1 - Binaan frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap
Subjek
Predikat
Nota
Frasa Nama
Frasa kerja
Kata bantu
Kata kerja
Keterangan
Lelaki itu
sedang
makan
di atas meja.
maksud ayat lengkap jika keterangan dibuang.
Cikgu
masih
menulis
di papan hitam.
bayi itu
sedang
merangkak
dengan laju.
Jamal
akan
datang
esok
Khatib
sedang
berkhutbah
di surau

contoh 2 - Binaan frasa kerja tak transitif berpelengkap

Subjek
Predikat
Nota
Frasa nama
Frasa kerja
Kata bantu
Kata kerja
pelengkap
Penerang
keterangan
Mereka
akan
pulang
ke rumah
secepat mungkin
dalam minggu ini
pelengkap frasa sendi nama
Ahmad
ingin
menjadi
penyanyi
yang terkenal
di negara ini
pelengkap kata nama
Saya

tinggal
di Klang


Pelengkap frasa sendi nama
Frasa Adjektif
Frasa Adjektif sebagai frasa endosentrik berintipati kata adjektif. Frasa adjektif boleh menjadi predikat.
Sebagai unsur keterangan, FA hadir setelah kata kerja atau FK, manakala sebagai unsur penerang FA hadir setelah kata nama atau FN.
Contoh:
Subjek
Predikat
Nota
Penguat hadapan
Kata Adjektif
Penguat Belakang
Ahli Gusti itu
sungguh
handal


Ali
sangat
pandai


Awak

hebat
betul

Klausa

Klausa ialah satu lagi unit ayat yang agak berbeza daripada frasa.
Frasa tidak mungkin menjadi ayat yang lengkap tetapi klausa mungkin menjadi ayat yang lengkap kerana klausa mempunyai subjek dan predikat, iaitu unsure utama yang wajib untuk status ayat.
Sebagai unsur ayat, klausa boleh dibahagikan kepada dua jenis,iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas.
Klausa bebas.
Klausa bebas bersifat ayat yang lengkap (ada subjek dan predikat) dan denan itu boleh berdiri sendiri sebagai ayat apabila diucapkan atau dituli. Perhatikan contoh berikut:

Klausa
Ayat
Subjek
Predikat
Subjek
Predikat
budak itu
mendengar radio
Budak itu
mendengar radio
ujian tadi
amat susah
Ujian tadi
amat susah
jambatan itu
jambatan kayu
Jambatan itu
jambatan kayu
mereka
ke pantai
Mereka
ke pantai

Perbezaan ayat dengan klausa bebas amat kecil sekali.
Ayat dimulai dengan huruf besar dan diakhiri dengan nokhta, manakala klausa tidak.

Klausa Tak Bebas
 Klausa tak bebas hampir sama sifatnya dean klausa bebas, yakni ia terdiri daripada unsur subjek dan predikat.
Ciri utamanya ialah ia didahului oleh kata hubung seperti kerana, sungguhpun, walaupun, apabila, tatkala dan sebagainya.
Perhatikan contoh-contoh di bawah. Klausa tak bebas digaris di bawahnya dan klausa bebas ditebalkan hurufnya. Dalam ayat seperti ini, klausa bebas juga dikenali sebagai klausa utama.
Ahmad gagal kerana dia tidak membaca soalan denganteliti terlebih dahulu.
Sungguhpun dia sibuk, dia datang juga.
Ahmad akan menyertai perlawanan itu jika dibenarkan oleh ibunya.
Kalau hujan turun berlarutanpenoreh getah akan menghadapi masalah kewangan.

Pengetahuan mengenai klausa amat penting dalam membina dan menganalisis ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancanan dan ayat campuran.
Ini kerana ayat-ayat ini mempunayi dua atau lebih klausa; iaitu ada klausa bebas dan ada klausa tak bebas.
Di samping itu, bilangan klausa serta jenis klausa menentukan bentuk-bentu ayat dalam bahasa Melayu.


Penjenisan Ayat

  • Ayat sebagai unit bahasa yang tertinggi boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk.
  • Penjenisan ini dibuat berasaskan bilangan klausa dalam ayat berkenaan.
  • Jika dipandang ayatnya dari segi ragamnya, kita dapati pula ayat aktif dan ayat pasif.
  • Jika kita amati pula tujuan ayat, maka kita dapati pula ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seru.
  • Sebelum ini kita telah melihat binaan ayat dan kita temui ayat dasar dan ayat terbitan.
  • Di samping itu kita juga juga mengkaji pola ayat dasar.

Ayat Tunggal
  • Ayat tunggal ialah ayat terbentuk daripada satu klausa, yakni ayat yang terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
  • Ayat dasar juga adalah ayat tunggal, tetapi bukan semua ayat tunggal dapat dianggap sebagai ayat dasar.
  • Ayat dasar merupakan ayat tunggal jenis ayat penyata dalam ragam ayat aktif.
  • Ayat-ayat berikut ialah contoh ayat-ayat tunggal (subjek ditebalkan. Selainnya ialah predikat).
Ibu negara kita Kuala Lumpur
Gunung KInabalu gunung tertinggi di Asia Tenggara
Di dalam almari tali leher ayah
Nama encik siapa?
Berapakah keuntungan kita hari ini?

  • Telah dinyatakan bahawa ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
  • Subjek ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif.
  • Begitu juga dengan predikat ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama.
·         Ayat Majmuk Gabungan
·        
·          
·          
·         Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang dibina oleh dua atau lebih klausa bebas dengan menggunakan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, serta, lalu dan sebagainya.
·         Koma mungkin digunakan jika gabungan terdiri daripada tiga atau lebih klausa.
·         Cuba teliti contoh di bawah.
(1) Aminah pandai menyanyi dan menari
(2) Aminah pandai menyanyi
(3) Aminah pandai menari
·         Ayat yang (1) berasal daripada ayat (2) dan (3).
·         Kedua-dua ayat (2) dan (3) dihubungkan dengan menggunakan kata hubung dan.
·         Klausa (2) dan (3) sama tarafnya iaitu klausa utama.
·         Lihat contoh berikut pula:
(1) Pengetahuan beliau sempit, kupasan-kupasannya cetek, serta contoh-contohnya pula tidak  menarik.
(2) Pengetahuan beliau sempit
(3) Kupasannya cetek
(4) Contoh-contohnya pula tidak menarik.
·          
·         Ayat (1) berasal daripada daripada ayat-ayat (1)(2) dan (3).
·         Ketiga-tiga ayat digabungkan menjadi satu ayat dengan menggunakan koma dan kata hubung ``serta.''
·         Semua klausa sama tarafnya, iaitu klausa utama.
·         Ayat majmuk gabungan boleh jadi ayat yang mengandungi fakta yang sejajar atau fakta yang bertentangan .
·         Untuk fakta yang bertentangan, kata hubung seperti dan, serta, tambahan, pula, sambil dan sebagainya digunakan.
·         Untuk fakta yang bertentangan, kata hubungan seperti tetapi, sebaliknya, padahal dan sebagainya digunakan .
·         Ayat Majmuk Pancangan
·        
·          
·          
·         Ayat majmuk pancagan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setara.
·         Ini bermakan dalam ayat berkenaan terdapat satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa tak bebas atau ayat  kecil.
·         Ayat kecil dipancangkan di dalam ayat utama dengan menggunakan kata hubungan seperti yang, bahawa, kerana, jika, apabila, sungguhpun dan sebagainya.
·         Dalam bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iatu ayat relatif, ayat komplemen, dan ayat keterangan.
·          
·          
Ayat Majmuk Pancangan
Ayat Relatif
Ayat Komplemen
Ayat Keterangan
Ayat relatif terdiri daripada satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa terikat atau ayat kecil.
Ayat kecil dipancangkan ke dalam subjek ayat utama atau predikat ayat utama dengan menggunaka kata hubung.
Perhatikan contoh berikut:
1) Kanak-kanak yang cedera itu rupa-rupanya anak Leman.
(2) Kanak-kanak itu rupa-rupanya anak Pak Leman
(3) Kanak-kanak itu cedera

Ayat (3) telah dipancangkan kepada subjek ayat utama dan dijadikan ayat kecil dengan menggugurkan ``kanak-kanak itu'' dan menggunakan kata hubung yang.

Ayat majmuk komplemen ialah ayat utama yang dipancangkan dengan ayat kecil yang seterusnya menjadi komplemen kepada ayat utama.
Perhatikan contoh berikut:
Dia memberitahu sesuatu
Jika sesuatu itu diterangkan sebagai ``giginya sakit'' atau ``membeli baju baru'' atau ``akan bertolak ke Kuala Lumpur esok'' maka ayat komplemen dapat dibentuk dengan menggunakan kata hubung bahawa atau yang.
Dia memberitahu giginya sakit
Dia memberitahu membeli baju baru
Dia memberitahu akan bertolak ke Kuala Lumpur esok.
Ayat kecil yang ditaip tebal dalam contoh di atas merupakan objek kata kerja transitif.
Selain itu, subjek juga boleh diterangkan sebagai ayat kecil dan menjadi komplemen ayat utama.

Ayat majmuk keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat utama dan satu atau lebih ayat kecil yang bertugas sebagai keterangan kepada predikat.
Contoh:
Pemain hoki negara gagal kerana tidak bersedia.
Oleh sebab dia memandu terlalu laju, Atan menerima empat saman.
Ayat kecil dalam ayat majmuk keterangan menerangkan kata kerja dalam ayat utama, iaitu Pemain hoki negara gagal dan Atan menerima empat saman.
Ayat majmuk keterangan dibina untuk pelbagai tujuan dengan menggunakan kata hubung yang tertentu.
Contoh-contoh kata hubung dalam ayat keterangan:
kerana, oleh, sebab, lantaran, hingga sehingga, jika, kalau, sekiranya, andainya, setelah, tatkala, sementara, ketika, sambil, agar, supaya, kalau-kalau, untuk, bagi, demi, dengan, sungguhpun, walaupun, meskipun, sekalipun, seperti, bagai, macam, bak, umpama.

Perhatikan pula contoh yang berikut:
(1). Atan yang cepat naik angin menampar budak yang suka mengintai orang kampung itu.
(2) Atan menampar budak itu.
(3) Atan cepat naik angin
(4)  Budak itu suka mengintai orang kampung.

Ayat (3) dipancangkan kepada subjek ayat utama dalam ayat (1) dan ayat (4) dipancangkan kepada objek ayat utama.
Kesimpulanya, ayat (1) terdiri daripada satu ayat utama dandua ayat kecil yang dipancangkan ke dalam ayat utama.
Lihat contoh berikut:

Sesuatu telah menyebabkan kebakaran itu.
Jika sesuatu itu diterangkan sebagai ``Mancis api'' atau ``pembuangan putung rokok merata-rata'' , maka ayat komplemen dapat dibina dengan menggunakan ayat kecil pada subjek ayat utama.

Bahawa mancis api telah menyebabkan kebakaran itu.
Bahawa pembuangan putung rokok merata-rata telah menyebabkan kebakaran.
Lihat contoh berikut:
Sesuatu telah menyebabkan kebakaran itu.
Jika sesuatu itu diterangkan sebagai ``Mancis api'' atau ``pembuangan putung rokok merata-rata'' , maka ayat komplemen dapat dibina dengan menggunakan ayat kecil pada subjek ayat utama.

Bahawa mancis api telah menyebabkan kebakaran itu.
Bahawa pembuangan putung rokok merata-rata telah menyebabkan kebakaran.

Perhatikan lagi contoh berikut:
(1) Jefri membeli novel Samad Said yang baru dipasarkan
(2) Jefri membeli novel Samad Said
(3) Novel Samad Said baru dipasarkan.
Ayat (3) telah dipancangkan dalam objek ayat utama dan dijadikan ayat kecil dengan menggugurkan Novel Samad Saiddan penggunaan kata yang.

Ayat Majmuk Campuran



Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat.
Ayat ini mungkin terdiri daripada ayat tunggal dan ayat majmuk gabungan atau ayat majmuk pancangan.
Biasanya, ayat jenis ini panjang.
Panjang pendek bukanlah kriteria ayat majmuk campuran tetapi bilangan subjek dan predikatnya atau bilangan klausanya.
Perhatikan contoh-contoh di bawah.
Klausa utama ditandakan `U' dan bilangannya dinomborkan; ayat kecil ditandakan 'K' dan bilangannya dinomborkan.

contoh 1
Negara mengalami masalah ekonomi (U1) tetapi keadaannya bertambah baik (U2) apabila pertumbuhan eknomi mula berkembang semula (K1).
(Ayat campuran ini terdiri daripada ayat gabungan dan ayat keterangan waktu; atau dua ayat utama dan satu ayat kecil.

contoh 2: 
Apabila kami tiba di Langkawi (K1) kami disambut oleh jawatankuasa (U1) dan kami diperkenalkan kepada Pegawai Daerah (U2) serta ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampun (U3).
(Ayat campuran terdiri daripada tiga ayat utama dan satu ayat kecil)

contoh 3:
Ketika pihak bomba sampai (K1) kebakaran itu mula merebak (U1) walaupun penduduk di situ cuba mengawal api (K2).
(Ayat campuran yang mengandungi satu klausa utama dan dua ayat kecil; atau ayat tunggal dengan ayat keterangan waktu dan keterangan pertentangan).

contoh 4:
Projek-projek besar kerajaan diharap menjana pertumbuhan ekonomi negara (U1) dengan meluaskan pekerjaan (K1) serta menggerakkan pelbagai sektor ekonomi pembinaan (K1) serta menggerakkan pelbagai sektor ekonomi pembinaan (K2) selain menyediakan infrastruktur negara (U2).
(Ayat campuran yang terdiri daripada ayat gabungan ayat keterangan cara).


Susunan ayat
Ayat bukan sahaja dapat dilihat dari segi unsur yang mendirika ayat tetpi juga dari segi susunan unsur-unsur itu.
JIk dilihat dari sudut ini, ayat terbahagi kepada dua bentuk, iaitu susunan biasa dan susunan songsang.
Ayat susunan biasa ialah ayat yang mendahulukan subjek dan mengemudiankan predikat. Ayat-ayat dasar yang telah dibincangkan ialah ayat susunan biasa.
Jika susunan biasa itu diubah dan predikat didahulukan, maka ayat demikian dikatakan ayat songsang.
Pendepanan boleh melibatkan bahagian-bahagian tertentu pada predikat, iaitu frasa kerja, frasa adjektif, atau frasa sendi nama.
Perhatikan contoh-contoh di bawah.
Adik-adik saya mandi lagi di sungai itu.
Mandi lagi adik-adik saya di sungai itu (FK mandi lagi didepankan).

Ahmad ke Langkawi dengan keluarganya.
Ke Langkawi Ahmad dengan tunangnya (FS ke Langkawi didepankan).
Jenis ayat

Jenis Ayat (mengikut tujuan ayat)
Ayat Penyata
Ayat Tanya
Ayat Perintah
Ayat Silaan
Ayat Permintaan
Untuk menyatakan sesuatu atau memberi keterangan.
contoh:
Mereka berkumpul di padang sekolah.
Orang Inggeris itu fasih berbahasa Melayu
Bangunan sekolah sudah tua.
Pemuda itu membawa ibunya ke klinik.

Untuk bertanya atau menyoal.
Ayat tanya boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:
i. Ayat tanya tanpa kata tanya
contoh:
Dia ke kedai lagi?
Dr. Mahathir ke White House?
Perempuan tua itu ibunya?.

ii. Ayat tanya dengan kata tanya atau sendi nama
contoh:
Cikgu kamu siapa?
Siapakah cikgu itu? (kata tanya dengan partikel)
Saudari tinggal di mana?
Di manakah saudari tinggal?.(kata tanya dengan partikel)
Cikgu kamu siapa?
Siapakah cikgu itu? (kata tanya dengan partikel)
Saudari tingal di mana?
Di manakah saudari tinggal?.(kata tanya degan partikel)


Bertujuan menimbulkan tindak balas daripada orangkedua.
Umumnya tindak balas dapat diperolehi melalui suruhan, larangan, silaan, dan permintaan.
Untuk tujuan suruhan, larangan, silaan dan permintaan, maka ayat perintah menggunakan kata perintah seperti jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong dan sebagainya.

Ayat silaan iaah untuk menjemput atau menyilakan orang melakukan sesuatu. Ayat-ayat ini menggunakan kata perintah seperti jemput dan sila.
Partikel -lah juga boleh digunakan untuk melembutkan ayat.
contoh:
Sila jawap surat ini sekarang
Silalah jawap surat ini sekarang. (Lebih lembut)

Ayat permintaan bertujuan meminta sesuatu dan biasanya menggunakan kata perintah tolong dan minta.
Partikel -lah boleh digunakan untuk melembutkan lagi ayat.

Ragam Ayat
Dalam penggolongan kata, kata kerja terdiri daripada dua jens, iaitu kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif.
Kata kerja tak transitif ini pula ada dua bentuk, iaitu aktif dan pasif.
Ayat yang menggunakan kata kerja transitif aktif mengandungi subjek dan predikt yang mengandungi objek.
Dengan menggunakan imbuhan pasif di- atau kata bantu pasif kena, ayat transitif aktif dapat ditukar ragamnya menjadi ayat pasif.
Di samping itu, ayat aktf yang subjeknya terdiri daripada kata ganti diri orang pertama ( seperi saya, kami aku) dan orang kedua (seperti awak, kamu, engkau, anda) , kata ganti nama berkenaan boleh digunakan sebagai penanda pasif pada dasar kata kerja.

Ayat Aktif
Ayat Pasif
Subjek
Predikat
Subjek
Predikat
Frasa Nama
Kata kerja
Frasa Nama (Objek)
Frasa Nama
Kata Kerja
Frasa Nama (Objek)
Cikgu
memotong
rumput
Rumput
dipotong
oleh cikgu
Kereta itu
melanggar
tembok
Tembok itu
terlanggar
oleh kereta itu
Kucing itu
meratah
ayam goreng itu
Ayam goreng itu
kena ratah
oleh kucing itu
Ayat aktif mementingkan frasa nama yang menjadi subjek, iaitu cikgu, kereta itu dan kucing itu.
Ayat yang sama apabila dipasifkan, mementingkan objek ayat aktif , yakni rumput, tembok itu dan ayam goreng itu, dan oleh sebab itu, objek tadi dijadikan subjek ayat pasif. (lihat jadual di atas)
Dalam hal ini berlaku perubahan peranan kepada frasa nama.

Ayat songsang

Ayat-ayat pasif yang dibentuk oleh kata ganti nama boleh didepankan predikatnya untuk menjadi ayat songsang. LIhat jadual di bawah:
Ayat Aktif
Ayat Pasif
Subjek
Predikat
Subjek
Predikat
Saya
mengarang puisi malam ini
Puiis ini
saya karang semalam
Awak
mengukus kek itu untuk cikgu
Kek itu
awak masak untuk cikgu
Kami
menanam pokok-pokok bunga itu
Pokok-pokok bunga itu
kami tanam
Ayat boleh disongsangkan seperti berikut:
  • Saya karang puisi ini semalam
  • Awak masak kek itu untuk cikgu
  • Kami tanam pokok-pokok bunga itu.

Ayat-ayat berkenaan di atas bukan ayat tranditif aktif.
Kata ganti nama diri saya, awak, dan kami bukan subjek ayat berkenaan.
Subjek ayat berkenaan ialah puisi, kek dan pokok-pokok bunga.
Ayat-ayat ini ialah ayat pasif songsang.
Predikat ayat-ayat berkenaan dicetak miring.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan